Isu Kamera Pihak Ketiga Pada Android 11 Adalah Untuk Lindungi Privasi Pengguna

Baru-baru ini, Google dilapor tidak lagi membenarkan pengguna memilih aplikasi kamera pihak ketiga secara default dalam sistem operasi Android 11 akan datang. Ia menyatakan perubahan ini adalah berkaitan privasi dan keselamatan pengguna. Namun, tidak diulas lanjut mengenainya.

Android 11 kamera

Terbaru, Google telah mengulas lebih lanjut mengenainya dimana ia mengehadkan penggunaan kamera pihak ketiga, namun pembangun aplikasi masih boleh menetapkannya dengan cara memaklumkan lokasi media sebagai tambahan kepada lokasi GPS.

Menurut Google,

"This is designed to ensure that the EXIF location metadata is correctly processed based on the location permissions defined within the app sending the intent."

Dalam erti kata lain, perubahan ini lebih memberi kesan kepada pembangun. Manakala pengguna pula masih boleh memasang dan menggunakan mana-mana kamera aplikasi pihak ketiga untuk merakam imej dan video secara langsung. Pengguna juga boleh menetapkan kamera aplikasi pihak ketiga sebagai kamera default.

Dengan itu, aplikasi kamera seperti GCAM mungkin boleh digunakan sebagai kamera aplikasi pihak ketiga jika pembangun menetapkannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Google.

Menerusi perubahan ini, ia memberi kelebihan kepada pengguna untuk menggunakan mana-mana aplikasi dengan lebih selamat.

Sumber: Developer Android