Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilihat Beri Gambaran Tarikh Pelancaran PlayStation 6

Sony Dilihat Beri Gambaran Tarikh Pelancaran PlayStation 6

Diterbitkan November 29, 2022 oleh Firdaus

Sebuah dokumen rasmi berkenaan penyiasatan Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK terhadap pembelian Microsoft ke atas Activision Blizzard telah didedahkan.

6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan

Pembelian yang bernilai USD68 bilion (~RM305 bilion) itu masih belum lagi dimuktamadkan dan ditentang penuh oleh Sony dek kerana pelbagai games studio Activision Blizzard sangat sinonim dengan konsol PlayStation.

Pelancaran Konsol PlayStation Pada Tahun 2027?

Terdapat satu maklumat menarik dalam dokumen sepanjang 22 muka surat itu di permulaan halaman 8 seperti di bawah:

“Pada masa SIE melancarkan generasi seterusnya konsol PlayStationnya (yang mungkin berlaku sekitar [disunting]), ia akan kehilangan akses kepada Call of Duty dan tajuk Activision lain, menjadikannya sangat terdedah kepada penukaran pengguna dan kemerosotan seterusnya dalam daya saing.”

Walaupun tarikh tepatnya telah pun diubahsuai, kandungan di atas menunjukkan generasi konsol PlayStation 6 seterusnya berkemungkinan besar akan dilancarkan pada waktu selepas tahun 2027.

Berkaitan

  • 6 Kesilapan Yang Sering Pengguna PS5 Lakukan
  • Cepat Sambar 22 Judul Permainan Popular Ini Sekaligus Dari Steam Hanya Pada Harga RM17.01 Sahaja
  • Cepat Rebut Permainan Popular Berharga RM159 Ini Secara Percuma Sekarang
  • Siri Xiaomi 13 Akan Diperkenal 1 Disember Ini
  • But Dengan Teknologi NASA Selamatkan Kaki Neymar

Seandainya benar, konsol PS5 pada masa ini masih mempunyai jangka waktu penggunaan yang kukuh iaitu sekitar 5 tahun lagi.

Sumber: Playstationlifestyle

Gambar utama: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY