Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wahed Keluar Kenyataan Rasmi, Pelabur Di Malaysia Tiada Kaitan Dan Tidak Terkesan

Wahed Keluar Kenyataan Rasmi, Pelabur Di Malaysia Tiada Kaitan Dan Tidak Terkesan

Diterbitkan Februari 11, 2022 ยท Dikemas kini Februari 11, 2022 oleh Meor Hasyim

Baru pagi tadi kita menerima berita dari Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) mengenai Wahed Invest yang didakwa tidak telus dalam pengurusan pelaburan syariah.

Terkini, pihak Wahed Malaysia iaitu Wahed Technologies Sdn Bhd telah muncul memberikan kenyataan bahawa perkara yang berlaku tidak memberikan kesan untuk pelabur di Malaysia.

Ini adalah kerana kenyataan mengelirukan dan kegagalan pematuhan tertentu yang didakwa adalah antara Penasihat Pelaburan Wahed di Amerika Syarikat sahaja.

Sehubungan dengan itu, denda yang dibayar sebanyak $300 ribu itu adalah bayaran penalti kawal selia Penasihat Wahed di Amerika dan bayaran itu bukannya dibuat atas kesalahan yang disengajakan.

Tambahan, perkara ini terjadi sebelum perluasan Wahed Invest ke Malaysia iaitu pada September 2018 – Julai 2019. Jadinya, pengguna Malaysia yang menerima Wahed Invest secara rasmi tiada kaitan dan juga tidak terkesan dengan perkara ini.

Pihak Wahed Malaysia turut menjelaskan bahawa mereka turut mempunyai penasihat syariahnya tersendiri bagi memastikan proses pelaburan untuk pelabur di Malaysia mematuhi prinsip-prinsip-prinsip syariah.

Sumber: Wahed Malaysia

  • Wahed Invest Didakwa Atas Tuduhan Tidak Telus Dalam Pengurusan Pelaburan Syariah Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY