Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 LTPO

iPhone 13 Bakal Guna Panel LTPO Dari Samsung Dan LG

Diterbitkan April 12, 2021 · Dikemas kini April 12, 2021 oleh Amsyar Latif

Mungkin anda sudah dengar khabar angin dimana Apple dijangka menggunakan panel dengan teknologi LTPO OLED dalam barisan iPhone baharu tahun ini.

Jika anda masih keliru apakah itu LTPO (low-temperature polycrystalline oxide), ia adalah sebuah teknologi untuk menghasilkan kadar penyegaran yang tinggi di samping mampu menghidupkan fungsi Always on Display (AOD) dan kecekapan tenaga lebih baik.

AW S6
Apple Watch Series 6

Sebenarnya, Apple sudah pun menggunakan panel ini pada Apple Watch Series 4 dan ke atas. Akan tetapi, penggunaan AOD ini hanya dilihat pada Apple Watch Series 5 dan Series 6.

Terbaru, Digitimes melaporkan bahawa LG bakal turut serta bersama Samsung dalam membekalkan teknologi ini untuk Apple.

Walau bagaimanapun, hanya versi Pro sahaja yang bakal menggunakan LTPO OLED sementara versi biasa masih lagi dengan panel LTPS OLED yang dibekalkan LG dan BOE.

Selain itu, sekiranya benar laporan ini, mungkin barisan iPhone 13 Pro dengan fungsi AOD dan paparan ProMotion (kadar penyegaran yang tinggi) dapat dihasilkan.

Meskipun begitu, sama-sama kita nantikan maklumat berkaitan iPhone baharu ini pada masa yang akan datang.

Sumber: Digitimes via Apple Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY