Berdasarkan laporan Business Insider, Apple dijangka akan melancarkan model dengan hanya menerima sokongan 4G. Menguatkan lagi perkara ini adalah dengan laporan dari Wedbush Securities, iaitu sebuah firma analisis dengan rekod yang baik.
Ia dijangka turut ditawarkan pada harga yang lebih murah berikutan tidak menerima sokongan 5G. Dari segi harga, laporan tersebut menyatakan model kelima ini mungkin ditawarkan pada harga sekitar $800 (~RM3358).
Pada harga sebegitu, ianya tidaklah terlalu murah bagi sebuah peranti. Namun, bagi model yang hanya menyokong sambungan 4G, ianya lebih murah berbanding barisan model iPhone 12 dengan sokongan 5G.
Ditambah pula dengan liputan 5G yang masih terhad di seluruh dunia, tentunya ia akan mempunyai banyak pembeli sekiranya diposisikan sebagai model Pro. Bagaimanapun, Wedbush mengatakan bahawa iPhone 12 dengan sambungan 4G ini tidak akan dijual sehingga "awal 2021".
Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan sebelum pelancarannya.
Sumber: T3
Berkaitan
- Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
- Hadir Dengan Takuk Lebih Kecil, Ini Mungkin Rekaan iPhone 13 Pro
- Apple Akan Keluarkan Kemas Kini iOS 16.3 Pada Minggu Depan
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Akan Digunakan Pada Apple Car Kelak
- Apple Tambah Tiga Pembekal Baharu Di Malaysia
- Serupa iPhone 14 Pro, Telefon Ini Dilancarkan Dengan Ciri Dynamic Island
- Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga
- Apple Melepaskan iOS 14 Beta Kepada Umum
- Apple Sasarkan Pengeluaran Kereta Pandu Sendiri Dengan Teknologi Bateri Terkini Pada Tahun 2024
- iPhone SE 2023 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Paparan Berlubang