Apple kebiasaannya tidak menceritakan sebanyak manakah RAM yang dimuatkan dalam telefon pintar mereka.
Sungguhpun begitu, pengguna boleh sahaja menyemak jumlah RAM pada iPhone melalui ujian ukur aras ataupun data statistik lain.
Sebelum ini, siri iPhone 11 telah dilengkapi dengan RAM sebesar 4GB menjadikan ia jumlah RAM paling besar setakat waktu itu.
Kini, jumlah RAM lebih besar dimuatkan pada iPhone 12 dengan model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mencecah kepada 6GB RAM.
Walaupun ia bukanlah kenyataan rasmi dari Apple, maklumat ini telah diperoleh dari Xcode 12.1 beta yang mendedahkan berapa banyak jumlah RAM dimuatkan dalam siri iPhone 12.
Info from Xcode 12.1:
iPhone 12 mini (iPhone 13,1) & iPhone 12 (iPhone 13,2) → 4GB RAM
iPhone 12 Pro (iPhone 13,3) & iPhone 12 Pro Max (iPhone 13,4) → 6GB RAM
— Hiraku (@hirakujira) October 13, 2020
Jika iPhone 12 Pro dan Pro Max disertakan dengan 6GB RAM, iPhone 12 dan 12 mini pula hanya ‘kenyang’ dengan setakat 4GB sahaja.
Jumlah RAM ini walau bagaimanapun masih kecil jika dibandingkan dengan pengeluar dari Android yang mencecah sehingga 16GB.
Namun begitu, apa yang pasti, RAM yang lebih tinggi adalah penting untuk memastikan iPhone cukup berkuasa supaya dapat beroperasi dengan baik pada tahun-tahun yang mendatang.