iPhone 11 Pro Max Mendapat Skor Melebihi 520,000 Dalam Antutu Benchmark V8

Setelah hampir 2 bulan dilancarkan, ramai di kalangan pengulas gajet seperti MKBHD, Supersaf< Mrwhosetheboss memuji keupayaan cip pemprosesan yang terdapat pada siri Iphone 11 yang menggunakkan cip pemprosesan A13 Bionic.

Mungkin apa yang telah diperkatakan oleh para pengulas gajet itu ada benarnya kerana apabila kami menguji Iphone 11 Pro Max pada Antutu Benchmark versi 8 dan ia memberikan skor yang amat cemerlang.



Kami telah menguji Iphone 11 Pro Max versi 256GB dan ia mendapat skor sebanyak 529127 mata pada penanda aras Antutu benchmark V8. Dengan hasil skor berkenaan, ia telah mendahului ranking Antutu dengan mengatasi ROG Phone 2 yang mendapat skor sebanyak 496226 mata dan One Plus 7T Pro yang mendapat skor sebanyak 482175 mata.



Kecemerlangan cip A13 Bionic juga telah terbukti apabila ia mampu untuk mengawal keupayaan bateri bagi siri Iphone 11 mengatasi peranti-peranti Android lain yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar. Dari segi prestasi ketika bermain permainan mobil, ia menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dengan berupaya untuk bermain permainan mobil dalam grafik paling tinggi tanpa ‘fps drop’ dan berupaya untuk mengawal suhu peranti walaupun siri Iphone 11 tidak mempunyai sebarang sistem penyejuk peranti.

Berkaitan