Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IPD Brickfields Beri Amaran Video Tular KL Sentral Banjir Palsu

IPD Brickfields Beri Amaran Video Tular KL Sentral Banjir Palsu

Diterbitkan Mei 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan video tular di media sosial yang menunjukkan kejadian banjir di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur, pihak IPD Brickfields memberi kenyataan rasmi menafikan hal itu.

Video yang tular tersebut menunjukkan kawasan Brickfields dilanda banjir dan turut menyatakan “KL Sentral Banjir 25 May 2022”.

banjir

Menurut kenyataan dari Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam, video tersebut adalah kejadian banjir yang telah berlaku pada 25 April 2022 dan bukannya hari ini.

Dinyatakan keadaan di sekitar Stesen Sentral Kuala Lumpur serta jalanraya di sekitar kawasan tersebut dalam keadaan baik dan selamat.

Orang awam diingatkan untuk tidak berkongsi sebarang maklumat mahupun video yang tidak diketahui tahap kesahihannya.

Sumber: Siaran Media IPD Brickfields

Baca juga:

  • Canggih, Ladang Durian 700 Ekar Guna Dron Untuk Sembur Racun Perosak
  • Kementerian Pengangkutan Temui Punca Tambang E-Hailing Meningkat
  • Isi Minyak Dengan Aplikasi, CaltexGO Kini Boleh Digunakan Seluruh Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY