Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Pro Model Terbaharu Mungkin Menyokong Pengecasan MagSafe

iPad Pro Model Terbaharu Mungkin Menyokong Pengecasan MagSafe

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Amal Addin

iPad Pro generasi akan datang yang bakal keluar pada 2024 mungkin akan menyokong pengecasan MagSafe. Model iPad Pro 2022 tidak menampilkan pengecasan tanpa wayar, kaca panel belakang atau perubahan reka bentuk yang ketara.

Namun, ada kemungkinan ciri tersebut akan dimasukkan untuk model iPad Pro yang akan datang. Model 11.1 inci dan 13-inci ‌iPad Pro‌ baharu dijangka menggunakan skrin jenis OLED. Selain itu, peranti tersebut bakal mendapat kemas kini reka bentuk yang terbaharu.

Panel belakang kaca akan menjadikan iPad Pro lebih terdedah kepada kerosakan apabila terjatuh sama seperti iPhone. Namun, ia juga dapat membenarkan sokongan pengecasan MagSafe.

iPad juga akan berfungsi dengan Qi2 magnetik 15W yang sedang dibina oleh pengeluar pihak ketiga. Pengecasan ‌MagSafe‌ 15W akan menjadi lebih perlahan daripada pengecasan berwayar meggunakan USB-C.

iPad Pro Model Terbaharu Mungkin Menyokong Pengecasan MagSafe

Terdapat juga kemungkinan pengecasan MagSafe untuk iPad sama seperti pengecasan magnet yang digunakan oleh Mac. Selain itu, Apple juga sedang mengusahakan aluminum Magic Keyboard yang persis digunakan oleh Mac untuk iPad Pro 2024. Peranti ini juga mungkin dikuasakan oleh cip M3 seperti yang digunakan pada Macbook Pro.

Berkaitan

  • iPad mini Gen-3 Kini Dimasukkan Ke Dalam Senarai 'Peranti Usang' Oleh Apple, Ini Maknanya
  • Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad
  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • Apple Dilapor Mahu Bangunkan Peranti Dengan Teknologi Dan Komponen Sendiri
  • Ini 10 Permainan Percuma Dan Aplikasi Berbayar Paling Popular Di iPhone Dan iPad 2023

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY