Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 captcha

iOS 16 Nanti Mungkin Tidak Perlu Lagi Lalui Pengesahan CAPTCHA

Diterbitkan Jun 21, 2022 oleh Nadiah Ab

Apple mendedahkan iOS 16 nanti akan membantu anda mengelakkan sistem anti-bot CAPTCHA yang sering muncul sewaktu mencuba log masuk sesuatu laman web.

Menurut Apple, apabila ciri baharu ini diaktifkan dalam iOS 16, iCloud akan mengesahkan peranti anda dan akaun Apple ID secara automatik, lantas tiada lagi permintaan pengesahan CAPTCHA.

Apple telah berkongsi video dengan butiran teknikal berkenaan cara ciri itu berfungsi, tetapi secara ringkasnya, sistem Apple mengesahkan bahawa peranti dan Apple ID selamat menerusi ‘Private Access Token’ pada aplikasi atau laman web.

Sistem baharu ini akan memudahkan pengguna melog masuk atau mencipta akaun, dengan privasi dan kebolehcapaian pengguna yang lebih baik berbanding CAPTCHA.

Apple berkata ‘Private Access Token’ ialah alternatif yang membantu untuk mengenal pasti permintaan HTTP daripada peranti dan orang yang sah tanpa menjejaskan identiti atau maklumat peribadi pengguna.

Buat masa ini, Cloudflare dan Fastly telah pun mengumumkan sokongan untuk ‘Private Access Token’, bermakna ciri memintas CAPTCHA ini akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa.

Ciri baharu ini nanti boleh didapati dalam aplikasi ‘Settings’ di bawah ‘Apple ID’ > ‘Password & Security’ > ‘Automatic Verification’.

Turut dilaporkan dalam beta pertama iOS 16 dan iPadOS 16, ‘Automatic Verification’ didayakan secara lalai, dan turut disokong pada macOS Ventura.

Sumber: Apple

Gambar utama: MacRumors

Baca juga:

  • Tampalan Sekuriti Akan Dilepaskan Secara Berasingan Mulai iOS 16, iPadOS 16 Dan Ventura
  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album ‘Hidden’ Dan ‘Recently Deleted’
  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY