Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel wide

Intel Umum Dua Cip Tiger Lake-U Baharu, Capai Kelajuan CPU Tinggi

Diterbitkan Mei 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Semasa acara Computex 2021 hari ini, Intel mengumumkan dua ahli baru dalam barisan cip pemprosesan siri U Intel Core Gen-11 yang mengkhususkan untuk produktiviti, hiburan dan juga gaming pada komputer riba.

Baca juga – Inilah 5 Pusat Penyimpanan Data Awan Terbesar Di Dunia

Apa yang baharu, komputer riba yang dijana cip ini mampu memberikan:

  • Kelajuan CPU hingga 5GHz walaupun dalam komputer riba dengan reka bentuk nipis
  • Peningkatan prestasi hingga 25%
  • Direka dengan Intel Wi-Fi 6/6E (Gig+) untuk sambungan yang baik
  • Peningkatan prestasi penyuntingan video
  • Peningkatan kadar bingkai (frame rate) hingga 2.7fps pada resolusi 1080p bagi judul permainan terbaharu seperti Valheim

Cip pemprosesan Intel Core i7-11957G7 dan Intel Core i5-1155G7 ini dijangka akan tiba tidak lama lagi buat komputer riba berjenama dari Acer, ASUS, Lenovo dan MSI.

Intel Umum Dua Cip Tiger Lake-U Baharu, Capai Kelajuan CPU Tinggi

Dalam pada itu, Intel turut memperkenalkan penyelesaian modem 5G untuk komputer riba yang menggunakan M.2 dan dipanggil sebagai Intel 5G Solution 5000.

Baca juga – Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power

Modem ini adalah hasil kerjasama di antara Intel dan MediaTek dimana ia akan menawarkan sokongan sub-6GHz 5G dan teknologi eSIM.

Acer, ASUS dan HP adalah antara jenama terawal yang akan menggunakan padanan cip Intel Core Gen-11 baharu ini dengan modem Intel 5G Solution 5000.

Sumber: Siaran Akhbar Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY