Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel h series 11

Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power

Diterbitkan Mei 11, 2021 oleh Helmi Samsuri

Intel kini tampil melancarkan sebuah cip pemprosesan baru duntuk generasi ke-11 bagi siri H (Tiger Lake-H). Jika sebelumnya siri H (H35) hanya lebih terarah kepada komputer riba ultraportable, penawaran terbaru ini dikatakan mampu memberikan lebih kuasa.

Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power

Menurut pengeluar, cip ini dijanjikan dengan tambah baik kelajuan sehingga 19% berbanding generasi terdahulu. Ia dibangunkan dengan seni bina Willow Cove 10nm yang memberi ruang kepada kelajuan dan prestasi lebih efisien.

Die Closeup 02 High Res

Intel turut yakin menyatakan siri H kali ini menawarkan teras tunggal paling laju jika dibandingkan dengan cip-cip mudah alih lain.

Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power

Sebagai ‘abang long’, Intel Core i9-10980HK merupakan cip 8 teras yang mampu menyinggah ke angka 5Ghz bagi dua teras melalui teknologi Turbo Boost 3.0.

 Baca juga – Ini Harga Rasmi Bagi Barisan Laptop Asus Dengan Siri RTX 3050

Sementara itu, ia juga dikatakan berupaya mencapai 4.5GHz untuk kesemua teras dan sangat sesuai bagi tugasan berat seperti suntingan video. Ditambah pula pengguna boleh melakukan overclock sesuka hati kerana ia tidak ‘dikunci’, tetapi bergantung kepada kemampuan komputer riba juga.

Intel Perkenal Cip Generasi Ke-11 Siri H Untuk Laptop Gaming Yang Lebih Power

Lain-lain perkara yang anda perlu tahu mengenai cip generasi 11 siri H adalah kelengkapan seperti PCIe 4.0, sokongan memori DDR4-3200, senibina Intel XE, dan sambungan Thunderbolt 4.

Consumer Badges

Turut serta menyerikan lagi penawaran ini adalah i9-11900H, i7-11800H, i5-11400H dan i5-11260H.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY