Inilah 5 Pusat Penyimpanan Data Awan Terbesar Di Dunia

Servis penyimpanan data berkembang pesat bagi memenuhi keperluan pengguna di seluruh dunia.

Dilaporkan setiap individu mencipta fail data sebesar 1.7MB setiap saat di seluruh dunia. Ditambah pula dengan pandemik yang sedang berlaku juga menjadikan keperluan pusat penyimpanan data awan sangat kritikal ketika ini.

Malah pandemik juga menyebabkan peningkatan kebergantungan individu, organisasi dan perniagaan terhadap perkhidmatan teknologi digital ini.

Malah dianggarkan niali perniagaan pusat data bagi tempoh 2019 hingga 2023 bakal mencecah USD284.44 bilion.

Di sini dikongsikan 5 pusat penyimpanan data terbesar di dunia yang wujud ketika ini.

5. Pusat Data Utah

Pusat Data Utah atau kod namanya Bumblehive adalah merupakan pusat data Inisiatif Komuniti Risikan Keselamatan Siber Negara A.S (IC CNCI) yang bertindak sebagai sokongan kepada Komuniti Risikan bagi memantau, menguatkan dan melindungi keselamatan negara.



Fasiliti pusat data bernilai USD1.5 bilion berkeluasan 1 juta kaki persegi ini menguruskan pelbagai aliran trafik data pengguna termasuklah laman sesawang, carian internet, panggilan telefon, e-mel dan banyak lagi.



4. Pusat Data DFT

Pusat data DFT dimiliki oleh syarikat DuPont Fabros Technology yang terletak di Ashburn, Virginia, A.S.

Kawasan yang seluas 1.6 juta kaki persegi itu menjadi tapak kepada 7 bangunan pusat data.

Selain itu, mereka turut memiliki sebanyak 11 lagi pusat data yang terletak di dalam beberapa buah negeri di A.S termasuklah Chicago, Charlotte, Boston, Austin dan Atlanta.

Jika digabungkan keselurahan saiz pusat data tersebut ia menjadikan keluasan keseluruhan pusat data DFT adalah seluas 3.3 juta kaki persegi.

3. Pusat Data Switch SuperNap 



Pusat Data Switch SuperNAP terletak di Las Vegas, Nevada. A.S. Keluasan pusat data ini meliputi 3.5 juta kaki persegi yang menjadi perumah kepada lebih daripada 40 storan awan bagi pelbagai syarikat serta syarikat penyedia rangkaian.

2. Pusat Data Range International Information Group

Pusat data yang berpangkalan di Langfang, China ini dimiliki oleh Kerajaan China.

Ia pernah dinobatkan sebagai pusat data terbesar di dunia pada tahun 2018 dahulu.

Pusat data tersebut meliputi kawasan seluas 6.3 juta kaki persegi atau hampir bersamaan dengan saiz Pentagon, A.S atau hampir juga sama dengan saiz 110 buah padang bola.

Range International Information Group berkolaboarsi dengan IBM bagi penyediaan latihan, teknologi dan perniagaan serta membangunkan teknologi perkomputeran awan masa hadapan.

1. Pusat Data The Citadel

Pusat data The Citadel terletak di dalam Tahoe Reno, Nevada. Ia merupakan pusat data terbesar di dunia ketika ini yang berharga USD1 bilion.

The Citadel dimiliki oleh Switch memiliki kawasan pusat data seluas 7.2 kaki persegi.

Fasiliti ini menggunakan sepenuhnya 100% tenaga baru boleh diubah dengan penggunaan tenaga seredah USD4.9/kWh.

Antara syarikat yang menjadikan The Citadel sebagai pusat data mereka adalah seperti Tesla, eBay, AWS, Intel dan Boeing.

https://www.youtube.com/watch?v=g7JaN3rTK2A

Sumber: Analythics Vidya

Berkaitan