Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Huawei SMIC

Samsung Atasi Intel Sebagai Pemain Utama Industri Semikonduktor Tahun 2021

Diterbitkan Januari 31, 2022 oleh ariff bukhari

Menurut laporan oleh laman analisis Counterpoint, Samsung telah mengatasi gergasi industri semikonduktor, Intel sebagai peneraju utama dalam industri tersebut dalam tahun 2021.

Pencapaian Samsung itu dicapai hasil daripada momentum penguasaaan pasaran mereka dalam segmen memori dan logic IC.

Selepas Samsung, industri semikonduktor dikuasai oleh Intel, SK Hynix, Micron dan Qualcomm.

Berikut adalah 10 pemain utama industri semikonduktor pada tahun 2021 menurut Counterpoint:-

Samsung Atasi Intel Sebagai Pemain Utama Industri Semikonduktor Tahun 2021

Counterpoint menambah, kekangan bekalan semikonduktor masih akan berlaku sepanjang tahun 2022 ini sungguhpun ada perkembangan positif dalam industri tersebut.

Pembekal utama cip grafik (GPU) dan cip pemprosesan untuk telefon pintar pula dilihat menikmati keuntungan jualan sehingga 50% dari tahun ke tahun.

Sumber:counterpointresearch

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
  • Malaysia, AS Berhasrat Kerjasama Sokong Pembangunan Awan AI Berdaulat - AS Sedia Tawar Dana AS$50 Juta
  • Pedang Cahaya Darth Vader Terjual Pada Harga RM21 Juta, Termahal Dalam Sejarah Memorabilia Star Wars
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik
©2026 WISER.MY