Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol

Insentif Cukai EV Di Perancis Tidak Terpakai Pada EV Buatan China

Diterbitkan Disember 18, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan Perancis telah mendedahkan senarai kenderaan elektrik yang  layak mendapatkan insentif cukai persekutuan bernilai sehingga € 7,000 (~RM35,840).

Walaubagaimanapun, insentif cukai EV itu tidak terpakai pada EV yang dibuat di China.

Malah Tesla Model 3 untuk pasaran Eropah yang dieksport dari kilang Tesla di Shanghai juga tidak lagi layak mendapatkan insentif cukai di Perancis.

Tetapi bagi Model Y pula, yang dipasang di kilangnya di Jerman disenaraikan layak untuk insentif cukai itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, melancarkan insentif baharu itu untuk mempengaruhi pembeli EV daripada model China supaya beralih ke model buatan Perancis dan Eropah.

Turut ditawarkan adalah skim pajakan baharu bernilai €100 sebulan (~RM512/bulan) untuk kereta elektrik buatan EU.

Kerajaan Perancis juga mengumumkan pelancaran insentif tunai yang besar untuk pembeli EV kali pertama, selagi mereka membeli kereta EV yang dibuat di EU.

Berkaitan

  • Model 3 Tiba Di Malaysia, Tempahan Sudah Dibuka Dengan Harga Dari RM189,000
  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
  • Selepas Setahun Ditangguh, Cukai Barang 'Online' Bawah RM500 Dikenakan Mula 2024

Sumber: Electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY