Umum sudah maklum, Galaxy Fold sebelum ini dilaporkan mengalami masalah berhubung kait dengan skrin paparan boleh lipatnya itu.
Ia berpunca apabila pengguna membuka satu lapisan pada skrin yang disangka sebagai pelindung skrin biasa. Sebaliknya, lapisan itu adalah antara komponen terpenting untuk paparan berkenaan berfungsi secara normal.
Untuk mengelak kejadian sama berulang kembali, Samsung dikatakan mengambil langkah menyelitkan lapisan tersebut pada bezel peranti. Disamping itu, lebih banyak amaran ditampal pada kotak pembungkus yang mana ia menegah pengguna dari membuka lapisan tersebut.
Dikhabarkan juga, Samsung turut mengecilkan ruang pada bahagian sendi (hinge) untuk menghalang bendasing dari masuk dan menyebabkan kegagalan fungsi skrin lipat terbabit.
Samsung masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran terbaru kerana, dikatakan mereka perlu mendapatkan lesen baru untuk peranti berkenaan.
Sumber: YNA via Slash Gear
Berkaitan
- Samsung Keluarkan Model Galaxy S8?
- TV Samsung QLED 8K Bakal Buat Kemunculan Di IFA Berlin 2018
- Apple Dikatakan Bakal Keluar Dengan Model Melengkung Seperti Samsung
- Samsung Patenkan Teknologi Baju Pintar, Boleh Pantau Paru-Paru Menggunakan Sensor
- Samsung Galaxy J8 Dan J6 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM749
- Samsung Galaxy Note9 Peranti Pakej Lengkap
- Lenovo ThinkPad X1 Fold Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,849
- Samsung 'Bahan' Apple
- Bukan Apple Je, Samsung Pun Ada Kain Lap
- Galaxy Buds 2 Kini Rasmi, ANC Mampu Tapis Sehingga 98% Bunyi Sekeliling