Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Video YouTube Yang ‘Trending’ Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021

Posted on Disember 2, 2021Disember 2, 2021

Beberapa minggu sahaja lagi sebelum tahun 2021 menutup tirainya, memang cukup pantas masa berlalu.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang tahun ini dan boleh dikatakan, hampir separuh tahun 2021 dihabiskan dengan duduk di rumah.

Salah satu aktiviti yang dilakukan rakyat Malaysia ketika duduk di rumah semestinya melayan video di YouTube. Oleh itu, YouTube kini berkongsikan video yang ‘trending’ atau sohor kini di negara kita sepanjang tahun 2021.

Menurut YouTube, banyak faktor yang diambil dalam mengetahui video yang ‘trending’ ini termasuk jumlah tontonan.

Berdasarkan 10 video yang disenaraikan, video episod penuh (EP1) drama Rindu Awak Separuh Nyawa menduduki di tempat pertama. Ia kemudian diikuti Drama Spontan 31: Avengers versi Kelantan oleh Syahmi Sazli.

Seterusnya, di tempat ketiga hingga lima dihuni video Mukbang oleh Dona, Aku Beli Mesin AISKRIM dari Aqil Zulkiflee dan juga siaran langsung Anugerah Juara Lagu 35.

Selain itu, YouTube turut berkongsikan video muzik yang tular di Malaysia. Tempat pertama hingga ketiga diduki oleh lagu Reedzwann – Adakah Ini Mimpi, Haqiem Rusli – Mimpi dan juga FORCEPARKBOIS – Lotus.

Sementara tempat keempat dan kelima pula Bruno Mars menerusi lagu Leave the Door Open dan BTS – Butter.

Apa-apa pun, adakah anda salah seorang yang menonton video yang disebut seperti di atas?

Foto utama: SEJ

Baca juga:

  • Elon Musk Buat Hal, Jual Wisel Pulak Dah

  • Qualcomm Perluas Cip Untuk Komputer Riba – Snapdragon 8cx Gen 3 Dan 7c+ Gen 3

  • Digi Juara Internet 2022, Anda Boleh Dapat Internet Percuma Dan Baucar Petrol

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress