Sebelum ini sejak awal Julai lalu, terdapat beberapa laporan tentang ura-ura telefon pintar terbaru Xiaomi iaitu Mi Mix 4 akan menggunakan kamera bawah paparan.
Tetapi nampaknya ura-ura itu adalah benar selepas Pengarah Produk Xiaomi, Wang Teng Thomas memberi respon terhadap soalan yang ditanya seiorang pengguna menerusi platfom sosial media Weibo yang bertanyakan berkenaan ura-ura tersebut.
Walaupun beliau tidak memberikan jawapan secara terangan, tetapi daripada jawapan beliau itu sudah memberi gambaran bahawa ura-ura kamera bawah paparan yang sedang hangat diperkatakan itu adalah benar.
Jadi, apabila model terbaru telefon pintar Xiaomi Mi Mix 4 dilancarkan nanti, ia akan menjadi peranti Xiaomi pertama yang dilengkapi kamera bawah paparan.
Setakat ini, tidak banyak info yang diketahui umum tentang spesifikasi lain yang akan dimuatkan pada peranti tertsebut.
Tetapi dijangkakan Mi Mix 4 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan baharu dari Qualcomm iaitu Snapdragon 888+ serta menyokong pengecasan pantas 100W.
Sumber: GizChina
Baca juga: Xiaomi Mi Mix 4 Dijangka Dilancar Ogos Ini, Mungkin Ada Kamera Bawah Paparan
Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi
Baca juga – Xiaomi Atasi BMW Dalam Jenama Paling Bernilai Tahun 2021