Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi EV_battery1

Ini Senarai 10 Syarikat Pembuat Bateri EV Terbesar Di Dunia Sehingga Ogos 2024

Diterbitkan Oktober 9, 2024 · Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data terkini dari SNE Research, CATL dan BYD kekal sebagai dua pembuat bateri kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia dari Januari hingga Ogos 2024.

Menurut SNE Research, pemasangan bateri EV CATL dalam tempoh Januari-Ogos adalah berjumlah 189.2 GWj, meningkat 27.2 peratus daripada 148.8 GWj dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Malah firma penyelidik itu menyatakan, penggunaan bateri EV global turut meningkat 21.7 peratus bagi tempoh yang sama berbanding tahun lalu iaitu daripada 419.1 GWj kepada 510.1 GWj.

CATL yang merupakan pengeluar bateri EV dari China terus menguasai pasaran dunia dengan penguasaan 37.1 peratus dan kekal sebagai satu-satunya pembekal bateri di dunia dengan bahagian pasaran lebih daripada 30 peratus.

Jumlah itu adalah  lebih tinggi daripada bahagian 35.5 peratusnya dalam tempoh Januari-Julai 2023.

BYD pula menduduki tempat kedua dalam tempoh Januari-Ogos dengan bahagian 16.4 peratus, meningkat daripada 15.9 peratus dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Berikut adalah senarai penuh 10 syarikat pembuat bateri EV terbesar di Dunia dari Januari hingga 0gos 2024 menurut penyelidik pasaran Korea Selatan, SNE Research:

Bateri EV

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Pencuri Kereta Didapati Kurang Tertarik Dengan EV - Kajian
  • Pengecas EV TNB Electron Kini Di Petron Selising, Kelantan

Sumber: CnEVPost

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY