Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebab Mengapa Windows Phone Gagal Bertahan Dalam Industri

Ini Sebab Mengapa Windows Phone Gagal Bertahan Dalam Industri

Diterbitkan November 3, 2023 oleh Amal Addin

Windows Phone pertama kali diperkenalkan pada Oktober 2010. Peranti ini dikeluarkan bertujuan untuk menggantikan barisan Windows Mobile dan Zune. Kedua-dua produk ini digabungkan menjadi satu produk yang serupa dengan iPhone.

Windows Phone pertama dilancarkan dengan sistem pengendalian Windows Phone 7 mengikut reka bentuk Metro dan direka menggunakan Windows CE. Peranti tersebut mendapat perhatian daripada pelanggan sekaligus meningkatkan tahap jualan peranti tersebut.

Mengapa peranti ini menjadi laku keras? Kerana pengguna sedar peranti ini mempunyai fungsi yang mungkin mereka tidak akan perolehi daripada peranti lain.

Namun, kejayaan tersebut tidak bertahan lama. Windows Phone merupakan bukti kegagalan syarikat Microsoft dalam pasaran peranti pintar. Jurutera yang terbabit dalam penghasilan peranti tersebut menjelaskan antara punca kegagalannya adalah disebabkan kelajuan platform tersebut dibangunkan tanpa mengkaji dengan lebih teliti serta versi Windows CE yang tidak lengkap.

Ini Sebab Mengapa Windows Phone Gagal Bertahan Dalam Industri

Selain itu, banyak aplikasi Windows Mobile tidak serasi dengan sistem pengendalian Windows Phone walaupun Windows Phone berhasrat untuk menjadi pengganti Windows Mobile. Pilihan perkakasan yang dibuat untuk Windows Phone 7 turut menjadi faktor yang menjadikan peranti tersebut kurang serasi dengan Windows Mobile 6.5. 

Windows Mobile 6.5 dan aplikasi yang telah ditetapkan telah direka dengan skrin dan stylus. Windows Phone 7 pula direka untuk digunakan dengan skrin sentuh kapasitif. Aplikasi dalam Windows Mobile 6.5 tidak mudah untuk dipindahkan ke Windows Phone 7 kerana skrin sentuh kapasitif telah mengubah asas pengekodan program yang tidak dapat dikenal pasti.

Memandangkan Android dan iOS telah pun menguasai pasaran untuk telefon skrin sentuh kapasitif, Windows Phone telah ketinggalan dari segi sistem dan aplikasi. Perkara tersebut telah menjadi titik tolak kepada kejatuhan Windows Phone.

Hal ini kerana, Android dan iOS kelihatan lebih mampu berdaya saing dan bertahan dalam pasaran ini. Kenyataan tersebut disokong lagi dengan masyarakat masa kini lebih menyukai peranti yang menggunakan sistem Android atau iOS.

Ini Sebab Mengapa Windows Phone Gagal Bertahan Dalam Industri

Pada tahun 2012, Windows Phone 8 telah dikeluarkan dengan sistem pengendalian yang telah dipertingkatkan, aplikasi proprietari yang lebih baik serta lebih banyak penyesuaian daripada model sebelumnya. Walau bagaimanapun, Windows Phone telah mengalami kegagalan pada ketika ini.

Windows Phone 7 tidak mendapat perhatian daripada pengguna dan pembangun untuk menyenaraikan Windows Phone semasa membangunkan aplikasi baru. Oleh sebab itu, Windows Phone kurang mendapat kemas kini baharu. Akhirnya pada Februari 2018, pihak Microsoft telah menghentikan pengeluaran dan pengoperasian peranti Windows Phone.

Berkaitan

  • Pengguna Windows 7 Terima Kemas Kini Terakhir Sebelum Ditamatkan Sepenuhnya Hari Ini
  • Dah Terlambat, Naik Taraf Ke Windows 10 Dan 11 Kini Tidak Lagi Percuma
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Windows 12 Didakwa Akan Tiba Tahun Depan
  • Parallels Desktop 19 Kini Dioptimum Untuk macOS Sonoma

Sumber: HC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY