Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Pengguna Secara Global

WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi “Delete Messages” – Padam Mesej Pada Waktu Yang Ditetapkan

Diterbitkan Mac 16, 2020 oleh Amalina Athman

Setelah melepaskan kemaskini mod gelap kepada semua pengguna, WhatsApp dalam proses untuk memperkenalkan fungsi yang telah tersedia beberapa tahun dalam aplikasi pesaing iaitu memadam mesej secara automatik dalam waktu yang telah ditetapkan.

Pada tahun lalu, WhatsApp membangunkan dan menguji ciri mesej terpadam sendiri yang dikenali sebagai “Disappearing Messages“. Kemudiannya WhatsApp menukarkan pula nama ciri tersebut kepada “Delete Messages“. Ciri mesej terpadam sendiri ini berfungsi sebagai alat pembersih mesej khusus bagi membuang lambakan mesej-mesej di dalam grup. Mengaktifkan tetapan ini hanya boleh dibuat oleh pengelola dalam sesebuah grup WhatsApp sahaja.

Walau bagaimanapun, dalam kemaskini versi beta 2.20.83 dan 2.20.84, WhatsApp telah dilihat bakal memperkenalkan fungsi ini bagi perbualan individu pada aplikasi tersebut.

WhatsApp Delete Messages
MSPU

Bagi anda yang tidak tahu, fungsi ini akan memberikan pilihan tempoh masa yang anda perlukan untuk memadam pesanan tersebut secara automatik. Pilihan yang tersedia termasuk 1 jam, sehari, seminggu, setahun, atau anda juga boleh mematikan fungsi ini jika merasa tidak perlu.

WhatsApp Bakal Perkenal Fungsi “Delete Messages” – Padam Mesej Pada Waktu Yang Ditetapkan

Ini bermakna, memilih tempoh setahun akan menjadikan pesanan tersebut disimpan selama setahun dan begitu juga bagi pilihan yang lain. Apabila anda menetapkan tempoh masa tersebut, ikon jam akan muncul di sebelah kanan waktu pesanan tersebut dihantar. Anda juga akan menerima notifikasi yang memberitahu pesanan tersebut akan dipadam selepas tempoh yang telah ditetapkan.

Pada masa ini, ia masih sedang dibangunkan dan belum jelas bila fungsi ini akan dilepaskan bagi versi stabil untuk semua pengguna WhatsApp.

Sumber: MSPU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY