Menurut beliau, hasil ujian yang dijalankan mendapati peranti Windows yang jarang disambungkan ke talian internet lebih kerap berdepan isu kegagalan kemas kini.
Beliau menjelaskan, sekitar 50% peranti Windows ketinggalan menerima kemas kini dari Windows Update kerana masa minimum yang diperlukan untuk peranti itu berada di atas talian tidak mencukupi bagi membolehkannya menjalankan proses kemas kini di sebalik tabir.
Sekaligus menyebabkan peranti-peranti Windows itu menggunakan sistem yang sudah tidak disokong lagi oleh Microsoft.

Dakwa beliau, hasil dari data yang diperolehi menunjukkan sesebuah peranti Windows itu perlu berada di atas talian selama 2 jam minimum.
Kemudiannya 6 jam lagi masa diperlukan peranti untuk kekal berada di atas talian selepas kemas kini dilepaskan supaya proses kemas kini itu berjaya.
Bermakna, tempoh masa yang diperlukan untuk mengemas kini sistem operasi Windows adalah selama 8 jam.

Beliau menyatakan, jumlah masa itu perlu bagi membolehkan muat turun berjalan dengan baik dan proses pemasangan kemas kini di sebalik tabir berjalan dengan sempurna untuk membolehkan sistem operasi Windows dihidupkan semula (restart) atau beroperasi semula selepas komputer diaktifkan dan disambungkan ke rangkaian.
Proses ukuran masa yang diperlukan itu Microsoft namakannya sebagai Update Connectivity.
Jadi selepas ini, pastikan peranti Windows anda itu kerap disambungkan ke talian bagi menangani isu kegagalan terima kemas kini Windows dari Microsoft.
Sumber: Microsoft, Toms Hardware
Baca juga:
- Microsoft Perbetulkan Isu Pepijat Windows 10 Dari Kemas Kini Januari
- Xiaomi Failkan Tanda Dagang Logo Baharu, Bernilai ~RM1.3 Juta
- Peranti Terbaharu Samsung Akan Ada Kemas Kini Android Selama 4 Tahun
Berkaitan
- Microsoft Telah Membuang Pilihan Menangguhkan Kemas Kini Windows 10
- Apple Melepaskan 2 Versi Kemas Kini Terbaru watchOS Hari Ini
- China Kini Menghalang Sepenuhnya Laman Wikipedia Daripada Diakses
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru Bagi Komputer Mac, Peranti iOS, Apple Watch Dan Apple TV
- Apple Kini Di Tangga Ke-3 Dari 500 Syarikat Paling Menguntungkan Di Amerika Menurut 'Fortune 500'
- Wahai Pengguna WhatsApp Sekalian, Anda Diseru Supaya Mengemaskini Aplikasi Tersebut Dengan Segera
- 1/3 Pengguna Windows Sudah Menaik Taraf Kepada Versi Windows 10 2004
- Malakat Mall Kini Menyokong Transaksi Pembayaran Menggunakan Emas Digital
- Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android Sehingga 5 Tahun
- Pengguna Dinasihatkan Supaya Tidak Melakukan Urusan Perbankan Menerusi Windows 7