NASA Kongsikan Bunyi Dari Lohong Hitam Yang Asalnya Tidak Dapat Didengar Telinga Manusia

Akaun NASA Exoplanets di Twitter berkongsi bunyi dari black hole atau lohong hitam yang selama ini kita fikirkan tidak ada bunyi mengisi ruangnya.

Hal ini kerana kebanyakan ruang di angkasa ialah vakum jadi tiada cara untuk gelombang bunyi untuk bergerak.

Sebenarnya, objek di angkasa menghasilkan bunyi namun gelombangnya tidak dapat bergetar dengan unsur fizik lain, justeru tidak dapat tersebar. Inilah menyebabkan ramai menyangka angkasa 100% senyap.

{suggest}

Namun, lohong hitam di galaksi kluster bernama Perseus sedikit unik kerana ia berdekatan dengan gas.

Justeru, gelombang tekanan (pressure wave) daripada lohong hitam ini dapat bergerak melalui gas panas ini.

Gelombang tekanan ini menghasilkan bunyi, sama seperti di Bumi juga.

Dengan wujudnya riak (ripple) gas panas akibat gelombang tekanan tadi, saintis mengambil kesempatan untuk mengumpulkan bunyi yang berasal dari lohong hitam Perseus itu.

https://twitter.com/NASAExoplanets/status/1561442514078314496?s=20&t=SX-o_6vqss_bdxRzu3n33A

Bunyi ini pertama kali dikenal pasti pada 2003 daripada Balai Cerap Chandra X-Ray.

Akan tetapi, bunyi dirakam ini tidak dapat dikesan telinga manusia walaupun saintis sudah menukarkannya pada gelombang bunyi seperti di Bumi melalui proses sonification.

Hal ini kerana ia bermain pada nota 57 oktaf di bawah middle C.

Terbaru, klip audio dimuat naik akaun NASA Exoplanet kali ini membawakan versi yang sudah disunting.

Ya, ia merupakan gelombang bunyi daripada lohong hitam yang berjarak 250 juta tahun cahaya dari Bumi.

NASA menjelaskan juga bahawa bunyi ini telah dikuatkan dan dicampur dengan data lain, untuk mampu dikesan telinga manusia.

Ia telah dilipatgandakan sebanyak 144 kuadrilion dan 288 kuadrilion daripada frekuensi asal.

Sumber: NASA Exoplanets, CNET