Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOGO-HARI-KEBANGSAAN-DAN-HARI-MALAYSIA-2022 1

Ini Penerangan Maksud Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

Diterbitkan Ogos 4, 2022 · Dikemas kini Ogos 4, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) telah pun melancarkan logo untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Logo yang berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Berikut adalah perincian maksud di sebalik logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Ini Penerangan Maksud Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2022

  • Kedudukan berselang-seli warna jalur biru (di atas, kod warna #21409A ), kuning (di tengah, kod warna #FFCD05) dan merah (di bawah, kod warna #ED1C24) adalah melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.
  • Warna jalur biru, kuning dan merah pula adalah cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta hidup harmoni.
  • Sementara titik berwarna merah di bahagian bawah pula melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi gteras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

Berkaitan

  • Bumi Berputar Semakin Pantas, Saintis Mahukan 1 Minit Ditukar Kepada 59 Saat
  • 'Check-In' MySejahtera Menurun 25% Sejak Jumaat Lalu
  • Digi Tawar Telefon Percuma Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) adalah ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Berikut adalah huraian maksud tema tersebut:-

  • Keluarga Malaysia adalah merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
  • Teguh bermaksud kukuh, kuat dan erat.
  • Bersama bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.
  • Frasa ‘Teguh Bersama” adalah mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Untuk panduan lebih lanjut tentang penggunaan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, layari laman rasmi merdeka360.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY