Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peraduan MILO

Ini Peluang Untuk Menangi PS5 Dengan Hanya Beli MILO

Diterbitkan Mei 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Adakah anda masih bersedih kerana sehingga kini masih lagi tidak dapat memiliki konsol idaman Sony PlayStation 5.

Jangan risau, ini adalah peluang anda kerana Nestle mengadakan Peraduan MILO Hidup Bola. Ia adalah salah satu bagi menyemarakkan lagi musim ‘demam’ bola sepak yang melanda seluruh tanah air.

Baca juga – Sony Berminat Bawa “Game” Eksklusif PlayStation Ke Telefon Pintar

Untuk menyertai, anda hanya perlu membeli produk MILO bernilai sekurang-kurangnya RM10 dalam satu resit. Kemudian tulis nama, nombor MyKad dan e-mel (jika ada) pada resit. Seterusnya, hantarkan satu gambar resit tadi dengan jelas menerusi WhatsApp ke 018-3886332. Menarik lagi, tiada had ke atas jumlah penyertaan yang boleh dikirimkan oleh seseorang pengguna.

Peraduan MILO Hidup Bola 2021 Photo 1

Buat pengetahuan, produk MILO ini adalah termasuk Serbuk, Campuran dan Sedia Diminum. Malah, anda boleh membeli di kesemua pasar mini, pasar raya besar sehinggalah ke platform e-dagang.

Baca juga – Harga PlayStation 5 Ini Bernilai Sebuah Kereta Mewah

Peraduan ini bermula 1 Jun hingga 9 Ogos 2021. Kesemua pengguna berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai dan berpeluang menangi Hadiah Utama, Hadiah Mingguan serta Hadiah Harian.

Sumber: Siaran Akhbar Nestle

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
©2026 WISER.MY