Harga PlayStation 5 Ini Bernilai Sebuah Kereta Mewah

Tahun lalu, Caviar telah mengumumkan sebuah konsol PlayStation 5 (PS5) mewah yang diperbuat daripada emas tulen.

Hari ini, konsol PS5 ini rasmi dijual dengan tanda harga bermula $499000 (~RM2 juta).

Anda tidak salah membacanya kerana PS5 edisi khas ini hanya dikeluarkan sebanyak 9 unit sahaja di dunia.

Malah, Caviar juga telah menerima 1342 pesanan yang menginginkan konsol ini dan di antaranya adalah bintang bola keranjang LeBron James dan usahawan terkenal Rusia.

Kapsyen: PS5 Golden Rock


Imbas kembali, PS5 yang digelar Golden Rock ini disaluti 4.5kg emas 18 karat. Alat kawalannya pula disaluti kulit buaya.

Selain itu, Caviar turut mengeluarkan versi lebih "mampu milik" iaitu PS5 Carbon dan PS5 Black Leather. Terdapat 99 unit bagi setiap edisi ini.

Kapsyen: PS5 Carbon


PS5 Carbon dijual dengan harga $5830 (~RM23500) yang tampil dengan kemasan carbon.

Kapsyen: PS5 Black Leather


Sementara PS5 Black Leather hadir dengan kemasan kulit buaya dan berharga $8140 (~RM32900).

Kesemua PlayStation 5 edisi khas ini hanya hadir untuk versi digital sahaja dan seperti biasa, produk dari Caviar sememangnya untuk golongan elit.

Sumber: Caviar