Antara perubahan serta penambahbaikan terbaru yang dibualkan adalah dari segi reka bentuk serta ciri yang akan dibawa peranti tersebut.
Menurut Max Weinbach dari XDA-Developers, Apple akan memberikan kemasan mattĀ pada iPhone 11 yang memberikan pengalaman berbeza untuk pengguna berbanding generasi terdahulu selain logo Apple dibelakang dengan kilauan umpama pelangi. Beliau juga menjangkakan buat pertama kali setelah 12 tahun, Apple akan membuang perkataan "iPhone" pada panel belakang peranti.
Pada bahagian kamera pula, Filip Koroy (YouTube EverythingApplePro) pula menyatakan Apple akan menggunakan ketiga-tiga lensa untuk merakam data mod Potrait sementara rakaman 4K 30fps akan tersedia pada kamera sudut lebar 120 darjah yang eksklusif untuk model iPhone 11 Pro dan Pro Max.
Apple turut dikatakan akan memperkenalkan mesin pembelajaran bagi rakaman foto pada iPhone 11 melalui ciri yang dipanggil sebagai Siri Intelligence. Mikrofon juga akan dipertingkatkan untuk menambahbaik mutu stereo rakaman video.
Kedua-dua individu diatas juga meramal memori simpanan untuk iPhone 11 Pro akan bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB. Ini memberi gambaran bahawa tiada lagi model dengan memori 64GB seperti model sebelumnya.
Tambah baik juga akan ditawarkan pada ciri FaceID dimana ia lebih pantas , anti-aliasi dipertingkatkan pada iPhone 11 untuk paparan yang lebih baik tetapi dikatakan belum lagi mampu menandingi paparan Samsung pada model Pro.
Perkhabaran ini masih belum rasmi dan kita perlu menantikan hari pelancaran untuk mengetahui adakah ia benar-benar hadir pada pertaruhan terbaru Apple kali ini.
Sumber: Forbes
Berkaitan
- Maxis Dan Dooit Live Akan Anjur Permainan Dengan Hadiah Wang Tunai Bernilai RM 188,000
- OPPO F11 Pro Avengers Edisi Terhad Bakal Diperkenalkan Untuk Peminat Tempatan
- Pra-Tempah Honor 6A Pro Sudah Bermula, Dijual Pada Harga RM699
- Xiaomi Perkenal Tablet, Mi Pad 5 Dan Mi Pad 5 Pro
- Panel Kaca iPhone XS Tidak Pecah Walaupun Diuji Jatuh Dari Paras Kepala
- Beli iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dengan Rebat Tunai Sehingga RM300, Percuma Powerbank Bernilai RM99
- Apple Sah Mengambil Alih Perniagaan Modem Intel
- Pulau Pinang Akan Mulakan Projek Rintis Internet Berkelajuan Tinggi Menggunakan Kabel Tembaga
- RM 5149 - Harga Permulaan iPhone X Untuk Pasaran Malaysia
- Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan