Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Ini Mungkin Ciri Baru Yang Akan Ada Pada Apple Watch Series 8

Diterbitkan Jun 16, 2021 oleh Wiser MY

Sebelum ini kita telah diperlihatkan dengan beberapa rekaan dan fungsi untuk Apple Watch Series 7 yang bakal dilancarkan September ini.

Terbaru, timbul pula laporan daripada Bloomberg yang berkongsi pelan Apple mengenai Apple Watch Series 8 di tahun 2022.

Baca juga – Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Apple Watch Series 7

Ini Mungkin Ciri Baru Yang Akan Ada Pada Apple Watch Series 8

Dilaporkan Apple akan menambah beberapa fungsi sensor seperti pemantauan tekanan darah, alkohol, suhu badan, dan glukosa darah.

Fungsi pemantauan glukosa darah akan membantu pengguna mendapat keputusan tanpa perlu mengambil darah daripada jari.

Bagi menjayakan fungsi ini, laporan baru mendedahkan syarikat Rockley Photonics akan membekalkan sensor mereka kepada Apple.

Baca juga – Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Walaupun begitu, teknologi-teknologi ini memakan masa bertahun-tahun untuk direalisasikan. Malah, sensor suhu badan yang dijangka hadir pada tahun hadapan juga tidak dijamin akan dilepaskan.

Namun begitu, Apple memang sedang berusaha untuk bangunkan jam pintar dengan kesemua fungsi ini.

Tambah Bloomberg, Apple juga akan melancarkan Apple Watch SE dengan varian lasak untuk kegunaan luar pada tahun 2022.

Baca juga – Apple Watch Akan Ada Fungsi Baharu, Tak Perlu Lagi Sentuh Skrin

Jadi apa pendapat anda tentang teknologi atau fungsi baru yang akan diperkenalkan pada jam pintar Apple akan datang?

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY