Jon Prosser adalah nama yang sering mendedahkan produk-produk eksklusif terutama Apple. Terbaru, beliau mendedahkan rekaan untuk Apple Watch Series 7.
Menariknya, rekaan tersebut mirip dengan apa yang dilaporkan penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo tahun lalu. Ia menampilkan rupa bentuk seperti model terdahulu tetapi dilengkapi skrin rata serta bezel lebih nipis.
Tambahan lagi, ia turut ditawarkan dengan pilihan warna pastel biru dan hijau. Dari segi spesifikasi, masih belum ada maklumat terhadap fungsi baharu apakah yang bakal diberikan.
Baca juga – Ini Ciri Baharu Yang Ada Pada iOS 14.6
Walau bagaimanapun, jam tangan pintar ini dijangka akan diumumkan sekitar September tahun ini bersama-sama barisan siri iPhone 13.
Baca juga – Pengguna Apple Watch Di Malaysia Dah Boleh Guna ECG
Sumber: FPT via mysmartprice
Foto Utama: FPT