Mana-mana peranti tidak kisah sama ada Android atau iOS pastinya akan mengalami masalah “hang” atau “screen freeze” sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayatnya. Ini bukanlah masalah besar kerana tiada ciptaan yang sempurna, tambah pula teknologi ciptaan manusia.
Jika iPhone anda “hang”, mengalami “screen freeze” atau tidak memberi respons untuk jangka masa panjang seperti sehingga beberapa minit dan tidak dapat dimatikan, maka anda boleh cuba untuk “force restart” iaitu mematikannya dan menghidupkan semula.
Ini langkahnya.
Untuk iPhone 8 sehingga iPhone 13 (termasuk iPhone SE 2020):
- Tekan butang volume up (+) dan lepaskan.
- Tekan butang volume down (–) dan lepaskan.
- Tekan butang kuasa (power button) beberapa saat sehinggalah terpapar logo Apple di skrin.
Untuk siri iPhone 7 dan iPhone 7 Plus:
- Tekan butang volume down (–) serentak dengan butang kuasa selama beberapa saat sehingga terpapar logo Apple.
Untuk iPhone 6s dan sebelumnya, termasuk iPhone SE (generasi pertama):
- Tekan butang Home dan butang kuasa atau butang di tepi serentak sehingga logo Apple terpapar.
Sumber: Apple
Baca juga: