Ini Harga realme Buds Wireless 2 Dan Buds Wireless 2 Neo Di Malaysia

Selain melancarkan realme Watch 2 Pro sebentar tadi, mereka turut membawa masuk dua buah peranti audio yang baharu, iaitu Buds Wireless 2 dan Buds Wireless 2 Neo.

realme Buds Wireless 2 adalah pengganti bagi Buds Wireless yang tampil dengan rekaan hampir serupa.  Di dalam terbina cip R2 yang menyokong pembatalan hingar aktif (ANC).

Baca juga - realme Malaysia Catat Nama Dalam The Malaysia Book Of Records

Ia turut dilengkapi pemandu sebesar 13.6mm, penarafan Hi-Res Audio dan sokongan teknologi Sony LDAC yang memberikan kualiti audio yang baik.



Selain itu, terdapat tiga pilihan EQ - Bass Boost+, Dynamic dan Bright yang boleh dikawal melalui aplikasi realme Link. Pengguna juga boleh menikmati 12 jam main balik dengan hanya 10 minit cas.

Ia juga sesuai untuk digunakan ketika memainkan permainan mudah alih kerana mempunyai latensi serendah 88ms.

Baca juga - realme Watch 2 Pro Rasmi, Banyak Ciri Menarik Dan Harga Murah

Bagi realme Buds Wireless 2 Neo pula, ia hadir dengan pemandu sebesar 11.2mm yang mempunyai Bass Boost dan Bass Enhancement, sesuai untuk penggemar bass.



Selain sokongan pengecasan pantas menggunakan USB-C, ia mampu bertahan selama 17 jam main balik. Antara lainnya, latensi 88ms, ENC, IPX4 serta butang yang boleh disesuaikan dengan aplikasi realme Link.

Harga Jualan


realme Buds Wireless 2 - RM199

realmbe Buds Wireless 2 Neo - RM99



Walau bagaimanapun, sempena ketibaannya buat pasaran tempatan, anda boleh dapat Buds Wireless 2 dengan harga RM129. Sementara Buds Wireless 2 Neo pula hanya RM49.

Jika berminat, kedua-duanya akan dijual secara dalam talian secara eksklusif di Shopee pada 6 Jun ini.

Sumber: realme