Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme watch 2 Pro-2

realme Watch 2 Pro Rasmi, Banyak Ciri Menarik Dan Harga Murah

Diterbitkan Mei 20, 2021 · Dikemas kini Mei 20, 2021 oleh Amsyar Latif

realme Malaysia hari ini melancarkan jam tangan pintar terbaharu mereka menerusi realme Watch 2 Pro yang mana menampilkan paparan lebih besar, 1.75 inci dengan resolusi 320×385 px serta kecerahan sehingga 600 nits.

Turut dilengkapi lebih daripada 100 pilihan untuk muka jam dan hadir dengan 90 mod sukan, dwi-satelit GPS, pemantauan degupan jantung dan juga mempunyai sensor SpO2.

realme watch 2 Pro

Selain itu, ia dibekalkan bateri sebesar 390mAh dan mereka mendakwa ia mampu bertahan sehingga 14 hari.

Antara lainnya adalah penarafan kalis air serta debu IP68, menerima notifikasi daripada aplikasi, kawalan audio serta kamera dan banyak lagi.

Baca juga – realme AIoT Dilancar, Ini Adalah Harga Bagi Semua Peranti Tersebut

realme Watch 2 Pro didatangkan dengan dua pilihan warna, iaitu Space Grey dan Metallic Silver dengan tanda harga jualan RM299. Ia akan tersedia di pengedar sah realme bermula 29 Mei ini.

Sumber: realme

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY