Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Harga ‘Laptop’ ROG Zephyrus G14 Edisi Khas Alan Walker Di Malaysia

Posted on September 7, 2021September 7, 2021

Komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition (AW SE) kini tiba di Malaysia dimana ia diletakkan dengan tanda harga RM7999. Turut menampilkan rekaan dengan warna khusus pada AniMe Matrix LED bersama logo Alan Walker. Selain itu, logo itu juga dimuatkan di papan kekunci pada huruf “A” dan “W”.

Secara keseluruhan, kolaborasi ini sememangnya khusus untuk peminat Alan Walker. Ini kerana di dalamnya dilengkapi spesifikasi model yang sama.

Dikuasakan cip pemproses AMD Ryzen 9 5900HS yang digandingkan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti 4GB bersama-sama konfigurasi 16GB RAM 3200MHz dan storan dalaman 1TB NVMe PCIe 3.0 SSD.

Skrinnya pula berukuran 14 inci beresolusi QHD (2560×1440) dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, kecerahan hingga 300 nits serta format warna DCI-P3 yang diperakui Pantone.

Antara lainnya adalah 2 pembesar suara denganĀ teknologiĀ smart AMP, bateri berkapasiti 76WHrs, 1 USB-C 3.2 Gen 2 dengan PD 100W, slot Display Port, HDMI 2.0b dan lain-lain.

Sempena ketibaannya, pelanggan bakal menerima beberapa hadiah percuma termasuk ROG Slash Sling Bag yang bernilai RM399.

Tambahan lagi, ROG Malaysia juga tidak melepaskan peluang dengan menawarkan promosi 9.9 di Shopee dan Lazada yang mana diskaun sehingga RM150 bagi produk terpilih seperti ROG Flow X13 dan ROG Zephyrus G14.

Sumber: Siaran Akhbar ASUS ROG Malaysia

Baca juga:

  • Rasmi, Windows 11 Akan Ditawarkan Kepada Semua Bermula 5 Oktober 2021
  • Epic Game Store Ada Berjuta Pengguna Baru Sejak Bagi GTA 5 Percuma
  • Kaji Selidik Mendapati Hampir 50% Pengguna Windows Tidak Menyukai Rupa Baru Yang Diperkenalkan Pada Windows 11

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress