Kaji Selidik Mendapati Hampir 50% Pengguna Windows Tidak Menyukai Rupa Baru Yang Diperkenalkan Pada Windows 11

 

Menurut laporan hasil daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Windows Report mendapati, hampir separuh responden tidak menyukai  rupa Windows 11 dengan memberikan pelbagai maklumbalas.

Menurut 21% responden, mereka berpendapata bahawa Windows 11 adalah hampir sama sahaja dengan Windows 10.

13% Responden pula berterus terang tidak menyukai Windows 11 dan mengambil keputusan untuk tidak menaik taraf sistem Windows komputer mereka yang digunakan ketika ini kepada Windows 11.

7% responden lagi menjangkakan lebih banyak perubahan dilakukan ke atas Windows 11.

Manakala 6% responden pula menyatakan rupa Windows 11 mengambil inspirasi daripada sistem macOS dari Apple.

Sungguhpun begitu, lebih 50% responden menyatakan mereka menyukai rupa Windows 11 dan akan menaik taraf kepada Windows terbaru tersebut.



Microsoft telah melakukan perubahan reka bentuk yang agak besar terhadap antaramuka sistem operasi Windows terbaru iaitu Windows 11.

Malah pelbagi ciri menarik diperkenalkan pada sistem terbaru ini.

Antara yang paling ketara diubah adalah perletakan menu Start Windows yang kini berada di tengah-tengah antaramuka sistem.

Ia merupakan antara ciri utama yang paling disukai oleh responden terhadap Windows 11.



Kaji selidik yang dijalankan oleh Windows Report ini melibatkan 11,097 pengguna dari 177 buah negara.

Daripada jumlah itu, hampir 45% responden adalah dari negara Amerika Syarikat dan India. Diikuti oleh pengguna Windows dari United Kingdom, Canada, dan Australia.

Sumber: Windows Report 

Baca juga: Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya

Anda Kini Boleh Mencuba Sendiri Windows 11 Terus Dari Aplikasi Pelayar

 

Berkaitan