Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog zephyrus

ASUS ROG Zephyrus G14 Dan G15 Dikemaskini Dengan Ryzen 5000 Serta RTX 30

Diterbitkan Januari 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, ASUS telah melancarkan komputer riba gaming yang berprestasi tinggi iaitu ROG Zephyrus G14 dan G15.  Kini, ASUS mengemaskini komputer riba tersebut dengan menggunakan cip Ryzen siri 5000 dan kad grafik Nvidia RTX 30.

zephyrus G14

Kedua-dua model ini hadir dengan paparan baharu dimana ia kini didatangkan dengan panel 144Hz. Malah, terdapat juga model dengan resolusi 2K dan 120Hz.

zephyrus g15

Bagi ROG Zephyrus G15, ia akan menyokong paparan QHD dan kadar segar semula 165Hz. Selain itu, turut dilengkapi 3D Mic serta 6 pembesar suara.

zephyrus G15

Tambahan lagi, pad sentuh pada Zephyrus G15 juga 20% lebih besar berbanding model terdahulu.

Di samping itu, bateri komputer riba G14 dan G15 turut ditambah baik dengan 90Wh. ASUS turut menjanjikan penggunaan 10 jam lebih baik pada G15.

Dengan penawaran baharu ini, kedua-dua model ini dijangka akan tersedia buat pasaran pada suku pertama 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY