Ini Yang Patut Anda Lakukan Jika Telefon Pintar Anda 'Overheat'

Peranti telefon pintar anda boleh menjadi panas sekiranya terlampau terdedah di bawah cahaya matahari dalam waktu yang lama atau penggunaan yang terlalu lama.

Tambahan lagi, peranti anda boleh terdedah kepada kerosakan komponen dalam sekiranya ia berada dalam keadaan panas untuk jangka waktu yang lama.

Terdapat 2 faktor yang boleh menyumbang kepada pengurangan suhu peranti anda yang sedang dalam keadaan panas. Faktor luaran yang anda boleh buat pada peranti anda dan faktor dalaman melalui tetapan dalam dalam peranti.

Faktor Luaran


Cepat-cepat menjauhkan peranti anda daripada sumber haba yang membawa kepada peranti anda memnjadi panas. Sebagai contoh, berhenti menggunakan telefon pintar anda, jauhkan ia daripada cahaya matahari dan biarkan ia seketika. Tidak lupa juga untuk anda membuka casing telefon anda sekiranya anda menggunakan casing.

Sebagai penambahan, anda boleh meletakkan peranti anda pada sumber penyejuk seperti kipas atau pendingin hawa. Akan tetapi, tetapkan pada aras atau suhu biasa pada kipas atau pendingin hawa tersebut. Hal ini demikian, perubahan suhu yang mendadak daripada panas kepada sejuk tidak baik bagi peranti.

Untuk keadaan yang ekstrem, saya pernah menghadapi keadaan di mana peranti menjadi benar-benar panas dan saya memilih untuk meletak di dalam pembeku peti sejuk. Tetapi saya tidak mengesyorkan anda untuk meniru perkara tersebut.

Kapsyen: iPhone di dalam pembeku peti sejuk


Hal ini demikian, hos kami Azee berpendapat bahawa penurunan kepada suhu yang sangat rendah daripada peranti yang telah 'overheat' berisiko untuk menghasilkan wap-wap air pada komponen peranti tersebut. Justeru, ini akan mendedahkan peranti anda kepada risiko untuk menjadi rosak.

Kapsyen: Salah satu air cooler yang ada dipasaran


Oleh itu, ianya lebih baik sekiranya anda mengurangkan suhu peranti anda secara teratur minimum. Di samping itu, anda boleh memasang perkakas luaran seperti 'air cooler' kepada peranti anda untuk memastikan suhu peranti anda pada keadaan optimum.

Faktor Dalaman


Anda boleh menutup tetapan wifi dan data mudah alih (mobile data). Hal ini kerana sebarang tetapan peranti yang menggunakan sambungan data akan menggunakan bateri dan sedikit sebanyak menyumbang kepada pemanasan peranti.

Tambahan lagi, anda boleh sahaja untuk terus meletakkan peranti anda dalam mod 'airplane' untuk menutup terus sambungan data pada peranti.

Selain itu, sekiranya peranti anda mudah atau kerap 'overheat', adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan mod jimat kuasa yang tersedia pada peranti anda.

Sumber: pcmag

Baca juga:









Berkaitan