Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Diterbitkan April 12, 2022 oleh Tips Gajet

Penggunaan peranti pintar secara tidak langsung akan menyebabkan lokasi anda mudah terdedah dan senang dikesan oleh pihak ketiga. Lebih -lebih lagi dengan kaedah perkongsian lokasi melalui aplikasi sosial seperti Whatsapp Telegram dan sebagainya. Berikut kami kongsikan cara untuk menyembunyikan lokasi semasa pada Android dengan menukarnya kepada lokasi yang lain.

Pertama sekali pasang aplikasi Fake GPS Location. Ianya boleh didapati pada Google Playstore atau laman sesawang apkpure.com

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Seterusnya masuk ke menu Setting > About Phone dan tekan pada menu berikut beberapa kali sehingga muncul notifikasi “You are now a developer”

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Kemudian masuk ke menuĀ  Settings > System > Developer Options atau Settings > Developer Options bagi peranti Samsung.

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Skrol dan pilih menu Select mock location app.

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Pada senarai berikut, pilih aplikasi Fake GPS

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Seterusnya aktifkan fungsi – fungsi berikut.

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Akhir sekali buka aplikasi yang anda pasang sebentar tadi dan tetapkan lokasi yang anda inginkan disusuli dengan menekan tombol pada bahagian bawah berikut.

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Selesai, sekarang lokasi semasa anda telah diubah, untuk menyemaknya anda boleh membuka aplikasi Maps pada peranti dilihat hasilnya.

Untuk menukar kembali kepada lokasi asal, swipe pada bahagian atas aplikasi dan tap pada menu Pause berikut.

Cara Menyembunyikan Lokasi Pada Android

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY