Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lightyear 01

Ini Adalah Produksi Kereta Solar Pertama Di Dunia, Kurang Dari 1000 Unit Sahaja Dihasilkan

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat pemula dari Belanda, Lightyear telah mengumumkan kehadiran kereta elektrik pertama dunia yang dijanakan dari tenaga solar iaitu Lightyear 0.

Lightyear 0 diliputi dengan panel sel solar 5 meter persegi yang meliputi bahagian atas kereta (di bahagian bonet dan hud kereta) yang membolehkan baterinya dicas dengan menggunakan cahaya matahari.

Lightyear mendakwa, kereta elektrik mereka mampu bergerak sejauh 70 kilometer sehari hanya dengan bergantung dari cahaya matahari sahaja.

lightyear 02
Badan kereta dan kerangka Lightyear 0 menggunakan bahan dari aluminium dan karbon fiber menjadikan berat keseluruhannya seberat 1,575 kg sahaja.

Malah kelajuan maksimumnya pula boleh mencecah sehingga 160km/h dan memecut dari 0 ke 100km/h hanya dalam masa 10 saat sahaja.

Lightyear sudah pun membuka tempahan untuk kereta elektrik pertama mereka ini yang dijual pada harga €250,000.00 (RM1,157,150.00).

Tetapi anda kena cepat kerana hanya sebanyak 946 unit sahaja Lightyear 0 akan dihasilkan.

lightyear 03
Rupa ruang dalam kereta elektrik Lightyear 0.

Walaubagaimanapun, Lightyear menjanjikan mereka akan menghasilkan kereta elektrik yang jauh lebih murah pada masa hadapan dengan  harga jualan bermula dari €30,000 (RM138870.00).

Produksi pengeluaran kereta EV murah mereka itu dijadualkan akan bermula seawal tahun 2025 nanti.

Sumber: Lightyear

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap
  • PROTON Mengorak Langkah Membina Kenderaan Tenaga Baru (NEV)
  • Audi Akan Lancar Apple Music Pada Model Terbaru Buat Tiga Pasaran Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY