Internet jalur lebar talian tetap atau fiber dah langgan paling laju, 300Mbps, 500Mbps atau 1Gbps. Tetapi bila guna di rumah, masih rasa slow.
Kalau situasi seperti itu yang terjadi pada anda, faktor utama semestinya router yang digunakan tidak cukup baik. Buat pengetahuan, router yang diberikan kepada anda sewaktu pemasangan internet fiber itu bukanlah yang terbaik.
Untuk menikmati kelajuan sebenar, anda memerlukan router berteknologi Wi-Fi 6 yang dipadankan bersama kabel Cat 6. Oleh itu, ini adalah lima router Wi-Fi 6 yang berbaloi untuk anda miliki.
Huawei AX3 – Beli di Shopee
Nama Huawei dalam arena telefon pintar mungkin sudah merudum. Namun, jangan dipandang rendah dengan kemampuan router mereka.
Terdapat dua varian, AX3 Quad Core (AX3 Pro) dan AX3 Dual Core (AX3). Bezanya adalah satu menyokong NFC di mana anda boleh sambungkan Wi-Fi dengan “Tap” sahaja pada router, asalkan peranti mempunyai NFC juga. Manakala satu lagi tiada dan hanya dikuasakan CPU dual core.
Turut menyokong fungsi HiLink Mesh WiFi, kelajuan bandwith sehingga 800Mbps dan memberikan liputan yang lebih baik.
Harganya pula adalah RM189 (AX3) dan RM339 (AX3 Pro).
Mercusys MR70X – Beli di Shopee
Mungkin ada yang tidak pernah dengar nama Mercusys tetapi ia sebenarnya antara jenama pilihan terbaik bagi anda yang mahukan router bajet.
Router ini tampil dengan CPU MediaTek MT7621DAT dengan kelajuan 574Mbps (2.4GHz) dan 1201Mbps (5GHz). Ia juga menawarkan teknologi WiFi seperti MU-MIMO, Beamforming dan WPA3.
Bagi anda yang mencari router Wi-Fi 6 yang mampu milik dan tinggal di rumah yang berkeluasan 1000 kaki persegi, ini adalah pilihan terbaik.
Harga jualan hanya RM157.
Tenda TX3 AX1800 – Beli di Shopee
Tenda seperti Mercusys, jenama ini lebih kerap menjadi pilihan atas faktor harganya. Malah, peranti Mesh seperti Tenda Nova juga ramai yang memilihnya.
Router Tenda TX3 ini mudah untuk digunakan dan ia juga mempunyai aplikasi di telefon pintar yang mana dapat membantu sewaktu ‘set up’ Wi-Fi.
Ia dilengkapi CPU 1.5GHz Quad-Core dengan kelajuan 574Mbps (2.4GHz) dan 1201Mbps (5GHz). Dengan ini, ia akan memberikan rangkaian internet yang lebih stabil.
Harga jualan adalah RM199.
TP-Link Onemesh Archer AX23 – Beli di Shopee
Jika anda mahukan router Wi-Fi 6 yang berkuasa tetapi tidak mahu ‘koyakkan’ dompet anda, TP-Link OneMesh Archer AX23 adalah jawapannya.
Router ini tampil dengan Dual-Core CPU, 1x Gigabit WAN Port, 4x Gigabit LAN Port, sokongan mod Access Point dan menyokong OneMesh.
Ia menawarkan kelajuan 1201Mbps (5GHz) dan 574Mbps (2.4GHz). Sesuai untuk rumah yang mempunyai 3 bilik dan ia hadir dengan Beamforming di mana boleh menumpukan isyarat lebih kuat pada peranti yang disambung.
Harga bagi router ini adalah RM249.
TP-Link Archer AX73 – Beli di Shopee
Sekali lagi, nama TP-Link. Bezanya berbanding 4 router yang disebutkan, router lain adalah jenis AX1800. Manakala TP-Link Archer AX73 ini adalah jenis AX5400.
Harganya memang keras sedikit tetapi AX73 ini sentiasa menjadi pilihan kerana ia premium dan pada masa sama berharga di bawah paras RM500. Kebiasaannya router yang ‘power’ sudah melebihi RM500 atau ribuan ringgit.
TP-Link Archer AX73 hadir dengan CPU Broadcom BCM6750 1.5GHz Triple Core dan mempunyai kelajuan 574Mbps (2.4GHz) serta 4804Mbps (5GHz). Turut menawarkan fungsi OFDMA, MU-MIMO, Beamforming, WPA3 dan OneMesh.
Router ini sesuai bagi rumah yang mempunyai kelajuan internet yang pantas dan banyak peranti yang ‘dahagakan’ sambungan Wi-Fi. TP-Link juga mengatakan ia boleh menyokong sehingga 200 peranti.
Selain itu, bagi rumah yang ‘standard’ dan bukan banglo, router ini boleh menawarkan kelajuan internet yang baik tanpa memerlukan Wi-Fi Extender, Repeater mahupun Mesh.
Tahun lalu, ia boleh didapati sekitar RM399 sahaja. Namun, tahun ini sedikit tinggi dengan tanda harga RM495.
Memandangkan kesemua router ini merupakan harga mengikut pasaran semasa, mungkin anda boleh sentiasa semak secara berkala. Ini kerana anda boleh dapat pada tanda harga lebih murah apabila ia menerima promosi.
Sebagai maklumat tambahan, sebelum anda memasang router baharu di rumah, pastikan anda meminta PPPoE beserta kata laluannya daripada pengendali internet (ISP) yang anda langgan.
Baca juga: