Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini 5 Pelan Hala Tuju Teknologi Negara Bagi Memperhebat Teknologi Tempatan

Ini 5 Pelan Hala Tuju Teknologi Negara Bagi Memperhebat Teknologi Tempatan

Diterbitkan Ogos 11, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan 5 pelan hala tuju teknologi negara.

Pelan itu adalah bagi memastikan usaha-usaha pembangunan dan pengaplikasian teknologi tempatan diperhebat bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pembangun teknologi.

Selain itu ia juga adalah antara usaha negara dalam mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

Berkaitan

  • Daripada Hanya Menjadi Pengguna, Malaysia Bakal Menjadi Pencipta Teknologi
  • Agensi Nuklear Malaysia Sedang Membangunkan Benih Padi Tahan Banjir
  • Agensi Nuklear Malaysia Hasilkan Kit Rawatan Melegakan Sakit Kanser

Berikut adalah adalah 5 pelan hala tuju teknologi negara yang telah diumumkan:-

  1. Pelan Hala Tuju Elektrik dan Elektronik: Pembangunan Teknologi 2021-2030 yang bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah produk E&E negara berdasarkan kemajuan sains dan inovasi teknologi tinggi;
  2. Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara 2021-2025 yang bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam pembangunan dan aplikasi Blockchain melalui kerjasama serta sinergi strategik;
  3. Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan 2021-2025 yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi kepintaran buatan bagi pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) yang memanfaatkan kolaborasi quadruple helix berpandukan prinsip AI yang bertanggungjawab;
  4. Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional (Advanced Materials) 2021-2030 yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem inovasi bahan termaju tempatan dengan memberi fokus kepada 4 bahan termaju di mana Malaysia mempunyai kelebihan perbandingan;
  5. Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030 yang mengenal pasti strategi pembangunan teknologi robotik negara bagi menjadikan Malaysia hub robotik dengan tumpuan dalam sektor berimpak tinggi.

Kandungan penuh Pelan Hala Tuju Teknologi yangtelah dilancarkan boleh di muat turun di www.mosti.gov.my/dasar.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY