Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Agensi Nuklear Malaysia Sedang Membangunkan Benih Padi Tahan Banjir

Agensi Nuklear Malaysia Sedang Membangunkan Benih Padi Tahan Banjir

Diterbitkan Mac 12, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Nuklear Malaysia menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa pihak mereka telah pun memulakan penyelidikan bagi menghasilkan benih padi terbaru yang diberi nama IS22.

Penyelidikan yang memanfaatkan teknologi nuklear itu bertujuan bagi menghasilkan benih padi yang berdaya tahan tinggi jika ditenggelami air seperti bencana banjir.

Penyelidikan itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Badan Tenaga Atom Antarabangsa dan Agensi Tenaga Atom Jepun juga turut menyalurkan bantuan dari aspek tenikal dalam penyelidikan tersebut.

Pada masa yang sama, Agensi Nuklear Malaysia juga memaklumkan mereka sedang menjalankan penyelidkan padi tahan kemarau pada tahun ini.

Penyelidikan yang mungkin mengambil masa beberapa tahun serta dana yang besar ini diharap akan memberi manfaat kepada para petani dan pesawah pada masa hadapan.

Sumber: MOSTI

Baca juga:

  • Malaysia Kekurangan Pekerja Berkemahiran Tinggi Dalam Industri Teknologi – MOSTI
  • MOSTI Melancarkan 2 Inisiatif Nasional Bagi Melonjakkan Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara
  • MOSTI Menawarkan Dana Pembangunan Dan Penyelidikan Melalui ‘Malaysia Grand Challenge’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY