Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ingin Hidup Lebih Gembira? Tinggalkan Facebook!

Ingin Hidup Lebih Gembira? Tinggalkan Facebook!

Diterbitkan Oktober 6, 2019 oleh ariff bukhari

Penyelidik mendapati, individu yang menutup akaun Facebook mereka menjadi lebih gembira, produktif dan tidak lagi tertekan. Tapi…

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh penyelidik bernama Roberto Mosquera, Profesor dari Universidad de las Américas, Ecuador, pengguna Facebook yang menutup akaun FB mereka didapati akan lebih gembira, kurang tekanan serta lebih produktif.

Malah mereka yang meninggalkan FB juga didapati lebih pandai menguruskan kewangan mereka. Penemuan tersebut didedahkan di dalam laporan kaji selidik bertajuk ‘The economic effects of Facebook‘.

Hasil kaji selidik itu adalah berdasarkan perbandingan aktiviti dari 1,765 pelajar universiti Texas A&M yang memadam akaun FB mereka dengan pelajar yang kekal menggunakan akaun FB.

“Facebook has significant effects on important aspects of life not directly related to building and supporting social networks” Penyelidik.

Walaubagaimanapun, penyelidik juga mendapati mereka yang meninggalkan FB akan lebih kurang peka terhadap berita dan isu semasa yang sedang berlaku.

“The Facebook restriction reduces news consumption and participants do not substitute towards other news sources or social media platforms when being of Facebook for a short period of time.”

Secara keseluruhan, penyelidik mendapati hasil kesan meninggalkan Facebook pula dilihat lebih terkesan kepada lelaki berbanding wanita.

“These results are strongest for men. Our results further suggest that, after the restriction, Facebook’s value increases, consistent with information loss or that using Facebook may be addictive“. Penyelidik.

Sumber: Daily Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY