Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix free fire

Infinix Umum Kolaborasi Bersama Free Fire Pada Siri NOTE Nanti

Diterbitkan Mei 18, 2022 oleh Nadiah Ab

Untuk pelancaran yang akan datang, Infinix Malaysia mengumumkan kolaborasi bersama Garena Free Fire, permainan pertarungan mudah alih dalam talian yang dibangunkan oleh Garena.

Berdasarkan data.ai, permainan Free Fire merupakan permainan mudah alih paling banyak dimuat turun secara global pada tahun 2021, untuk tiga tahun berturut-turut.

Menurut Infinix, mereka menjanjikan pengalaman gaming yang dipertingkatkan, di samping mendedahkan penambahan terbaru pada siri NOTE pada bulan Mei 2022.

Dalam pada itu juga, oleh kerana Malaysia kini di tangga ketiga sebagai pasaran permainan terluas di Asia Tenggara, Infinix mengambil peluang ini untuk meneroka industri permainan bersama Garena Free Fire dengan menyediakan peranti yang boleh mencapai jangkaan pengguna dalam arena gaming.

Untuk maklumat lanjut tentang siri NOTE terbaru dari Infinix, layari laman web, laman Facebook, laman Instagram, dan Gudang Rasmi Infinix Malaysia di Shopee.

Sumber: Siaran akhbar Infinix Malaysia

Baca juga:

  • Infinix Perkenal Dua Telefon ZERO Baharu, Boleh Dibeli Bermula Minggu Depan
  • Infinix Zero X Neo Rasmi Dengan Cip Helio G95, Harga RM899
  • Ini Reka Bentuk realme 9 Pro+ 5G Edisi Free Fire, Lancar Di Malaysia Minggu Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY