Infinix mengumumkan kehadiran XBOOK 14 NEO, laptop ringan dengan berat hanya 1.2 kg dan ketebalan 17.4 mm.
Direka untuk mobiliti, ia hadir dalam empat warna menarik, Twilight Purple, Shadow Blue, Sonic Yellow, dan Volcano Grey.
Malah, ia turut menampilkan rekaan premium dengan memadankan dua material iaitu di bahagian atas nya aluminium yang kuat dan bahagian bawahnya pula adalah daripada gentian karbon yang ringan.
Bukan sekadar gaya, ia juga dilengkapi pensijilan ketahanan gred tentera, menjadikannya pilihan kukuh untuk pelajar dan profesional muda.


