Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Infinity Train’, Kereta Api Elektrik Yang Akan Cas Guna Graviti

‘Infinity Train’, Kereta Api Elektrik Yang Akan Cas Guna Graviti

Diterbitkan Mac 22, 2022 oleh Anis Maisarah

Syarikat teknologi Australia, Fortescue Future Industries telah mengumumkan penghasilan sebuah kereta api yang mampu mengecas bateri dengan menggunakan graviti. Kereta api yang diberi nama ‘Infinity Train‘ tersebut dikatakan merupakan salah satu inisiatif syarikat tersebut untuk menggantikan penggunaan karbon kepada ‘graviti’.

Kereta api tersebut boleh dicas semula apabila ia bergerak turun ke bawah bukit. Ini bermakna, ia mampu dicas melalui pergerakkan sahaja. Jadi, kereta api tersebut tidak perlu lagi menggunakan minyak untuk menggerakkannya. Infinity Train mempunyai panjang 2.8 kilometer dengan kapasiti yang mampu mengangkut 34,404 tan bijih besi dalam 244 kereta bijih.

Usaha tersebut bukan sahaja datang daripada satu pihak sahaja, ia juga merupakan kerjasama Fortescue Future Industries dengan Williams Advanced Engineering (WAE) yang bertempat di United Kingdom. Mereka mempunyai satu visi yang sama iaitu untuk menghidupkan kereta api berkelajuan tinggi tanpa had yang pertama di dunia.

Kewujudan kereta api ini merupakan satu sinar baharu untuk menjaga kehijauan bumi. Sistem elektrik dan bateri yang terdapat pada kereta api ini dapat membantu dalam melindungi bumi daripada isu perubahan iklim dunia. Fortescue berharap agar mereka mampu menurukan kos operasi dan mewujudkan peluang penyelenggaraan yang lebih cekap.

Fortescue juga turut menambah bahawa Infinity Train ini masih memerlukan banyak penambahbaikan yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan bahkan mungkin bertahun-tahun.

Sumber : Fortescue Future Industries

Baca juga :

  • Bukan Motosikal Elektrik Tapi Kawasaki Pamer Kambing Elektrik Yang Boleh Ditunggang
  • Lebuh Raya Utara-Selatan Akan Ada Stesen Pengecas Kereta Elektrik Daripada TNB
  • Harga Kereta Elektrik Mungkin Meningkat Akibat Perang Rusia-Ukraine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY