Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinity, Produk Audio Baharu Dari Harman Bakal Diperkenal 28 Julai Ini

Infinity, Produk Audio Baharu Dari Harman Bakal Diperkenal 28 Julai Ini

Diterbitkan Julai 27, 2020 · Dikemas kini Julai 27, 2020 oleh Amalina Athman

Harman International atau dikenali dengan nama HARMAN merupakan sebuah jenama audio terkemuka. Ia merupakan peneraju dalam penghasilan produk audio dengan penawaran audio yang lebih baik. Antara produk audio di bawahnya termasuk dari JBL, Harman Kardon, AKG, dbx, Soundcraft dan sebagainya.

Infinity, Produk Audio Baharu Dari Harman Bakal Diperkenal 28 Julai Ini

Kini, Harman akan memperkenalkan produk audio baharu, Infinity by HARMAN. Infinity dibangunkan untuk menghasilkan aplikasi audio lebih canggih untuk pengguna dengan harga mampu milik. Seterusnya, barisan produk di bawah Infinity akan menawarkan pengalaman mendengar lebih baik.

pelancaran infinity harman

Dengan itu, HARMAN melalui Brightstar Malaysia akan mengadakan pelancaran Infinity Lifestyle Audio secara dalam talian pada 3 petang, 28 Julai ini. Pelancaran tersebut akan diadakan melalui Facebook Infinity Lifestyle Audio Malaysia.

Dalam pada itu, penonton juga berpeluang memenangi hadiah melalui pertandingan “Comment & Win”.

Untuk maklumat lanjut mengenai barisan produk Infinity, layari pautan ini. 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY