Imej Yang Tertiris Mungkin Dedahkan Harga Jualan Untuk OnePlus 6

Satu imej telah beredar di internet mewujudkan spekulasi mengenai harga jualan untuk peranti OnePlus 6. Imej tersebut memaparkan harga-harga peranti pesaing lain seperti Apple iPhone X, Samsung Galaxy S9+ dan juga Huawei P20.

Untuk peranti OnePlus 6 pula, harga yang ditunjukkan adalah $749 atau RM 2,937. Jika benar, ia merupakan peranti OnePlus paling mahal setakat ini yang pernah dijual OnePlus.



Tetapi jika dibandingkan pula dari segi spesifikasi, OnePlus 6 kelihatan masih berbaloi untuk dimiliki dengan ruang RAM dan saiz skrin yang lebih besar. OnePlus dikatakan akan memakai cip Qualcomm Snapdragon 845 seperti Galaxy S9 dan menggunakan tetapan dwi-kamera (16MP+20MP).

Khabar lain pula mengatakan yang peranti ini akan mengikut tema rekaan seperti iPhone X yang mempunyai takuk di bahagian atas skrin paparan dan menggunakan nisbah skrin 19:9. Peranti ini juga dikatakan akan menggunakan kemasan kaca dan kedudukan kamera utama diletakkan secara menegak.

Peminat OnePlus juga menjumpai markah penanda aras AnTuTu untuk peranti OnePlus 6 yang menggunakan kod nama A6000. Telefon pintar itu mendapat markah sebanyak 276,510 yang setanding dengan markah yang diperoleh oleh peranti-peranti utama yang lain di dalam pasaran.