MediaTek Dimensity 1000+ VS Snapdragon 865, Sejauh Ini Perbezaannya

Sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai daripada kita lebih mudah memahami mengapa teknologi komunikasi tanpa wayar semakin hari semakin penting. Rangkaian juga mula dinaik taraf bagi memenuhi keperluan pengguna. Namun apabila menyebut tentang 5G, ia kedengaran terlalu "besar", terlalu "jauh", terlalu "mahal" ketika ini.



Tetapi penyediaan rangkaian generasi terbaharu itu diluar kawalan kita. Apa yang kita boleh lakukan ketika ini adalah bersedia dengan telefon pintar yang mempunyai sokongan 5G.

Jika mahu bercerita tentang model mana yang mempunyai sokongan 5G, ia sudah banyak ditawarkan. Mari kita kecilkan skop kepada telefon yang dilengkapi cip andalan dengan sokongan 5G seperti MediaTek Dimensity 1000+ dan Qualcomm Snapdragon 865.



Nama Qualcomm mungkin tidak perlu dihurai panjang lebar lagi tetapi ramai masih tertanya-tanya bagaimana dengan prestasi MediaTek. Ya, pengeluar ini seringkali dikaitkan dengan prestasi kurang memberangsangkan. Tetapi itu dahulu, dimana setahun dua ini ia sudah mula membuka mata ramai peminat peranti mudah alih.

Sewaktu pengenalan Dimensity 1000+, ia diletakkan sebagai pesaing kepada Snapdragon 865. Tidak dinafikan kedua-dua cip 7nm ini menawarkan sejumlah prestasi terbaik untuk telefon pintar andalan.

 
Prestasi antara Dimensity 1000+ dan Snapdragon 865

Qualcomm menyediakan Snapdragon 865 dengan susunan CPU 3 peringkat terdiri daripada satu teras Cortex-A77 (2.84GHz), tiga teras Cortex-A77 (2.4GHz) dan empat teras Cortex-A55 yang beroperasi pada kelajuan 1.8GHz.

Sementara itu, MediaTek pula mengambil pendekatan yang lebih konvensional dengan empat teras Cortex-A77 (2.6GHz) dan empat teras Cortex-A55 pada kadar 2GHz.



Anggap semuanya setara, Qualcomm mungkin lebih kehadapan dengan prestasi teras utama 2.84GHz. Namun begitu, MediaTek mungkin mampu memberi saingan hebat dari segi prestasi multi-teras yang digalas pada empat teras Cortex-A77 (2.6GHz). Ia lebih tinggi dari tiga teras Cortex-A77 (2.4GHz) yang ada pada Snapdragon 865.

 
Sokongan 5G

Berbalik pada sokongan 5G, sedikit perbezaan antara Dimensity 1000+ dengan Snapdragon 865 adalah MediaTek mengintegrasikan modem 5G pada cip mereka. Kaedah integrasi ini kebiasaannya lebih cekap tenaga dan hanya memakan ruang yang lebih kecil berbanding menggunakan cip modem yang berasingan.

Qualcomm pada Snapdragon 865 pula masih mengekalkan penggunaan modem diluar SoC. Ia sama seperti cip Exynos 990 yang dipasang pada model Samsung Galaxy S20 Ultra (RM4999).

 

https://www.youtube.com/watch?v=SYlZWVp7xzA&ab_channel=MediaTek
Telefon pintar mana yang menggunakan Dimensity 1000+?

Perjalanan untuk kita menemui rangkaian 5G di Malaysia mungkin setahun dua lagi, tetapi tidak salah untuk kita melengkapkan diri kita sekarang dengan peranti yang mempunyai sokongan sambungan tersebut.

Antara peranti yang boleh dipilih ketika ini adalah siri OPPO Reno5 Pro 5G. Ia bukan sahaja dimuatkan dengan Dimensity 1000+ dan keupayaan 5G malah mempunyai spesifikasi terbaik lain.

https://www.youtube.com/watch?v=1yLUlveVxyI&ab_channel=OPPOMalaysia
Ciri menarik yang ada pada OPPO Reno5 Pro 5G

Siri OPPO Reno5 hadir bersama ciri Dual View dan AI Highlight Video yang membolehkan anda lebih menonjol ketika perkongsian gambar dan video.

Melalui ciri Dual View, anda mampu merakam secara dua hala. Ia bermaksud rakaman dibuat pada kamera hadapan dan belakang secara serentak. Terdapat tiga susun atur paparan yang boleh dipilih; Round, Rectangle atau Split.

https://www.youtube.com/watch?v=gKMA9r6YcuY&ab_channel=OPPOMalaysia

Bagi pilihan Round dan Rectangle, anda boleh mengubah kedudukan tetingkap kecil rakaman itu kemana-mana bahagian paparan mengikut keselesaan dan kesesuaian.

Ciri AI Highlight pula hadir untuk membantu rakaman video dalam pencahayaan yang lebih seimbang tanpa mengira dimana dan waktu apa rakaman dibuat.

https://www.youtube.com/watch?v=9LKeW46cuaQ&ab_channel=OPPOMalaysia

Ia berfungsi dengan cara menukar dua mod; Ultra Night dan Live HDR secara automatik. Ciri ini boleh digunapakai pada kedua-dua bahagian kamera, hadapan dan juga belakang.

https://www.youtube.com/watch?v=v06-SnON6WE&ab_channel=OPPOMalaysia

Selain itu, antara pertaruhan yang dibawa pada OPPO Reno5 Pro 5G adalah kemampuan pengecasan penuh bateri 4300mAh dalam hanya 35 minit melalui SuperVOOC 2.0 65W.

https://www.youtube.com/watch?v=qYhkYbSEQuI&ab_channel=OPPOMalaysia

Konfigurasi memori ditawarkan dengan dua pilihan iaitu RAM 8GB/128GB dan 12GB/256GB (versi Pro). Cukup ruang untuk simpanan segala khazanah digital anda.

Melihat kepada senarai spesifikasi yang ditawarkan, kita boleh melihat OPPO tampil mengangkat segmen premium mereka ke tahap yang lebih tinggi. Tidak sekadar menyajikan sokongan 5G dengan cip andalan, bahkan sarat diisi dengan kemampuan lain seperti kamera dan sistem antaramuka ColorOS 11.1 yang kemas.



 

Siri OPPO Reno5 hadir dalam dua versi pilihan iaitu OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro. Sekiranya anda berminat, ia dijual pada tanda harga RM1899 sehingga RM2599.



Dapatkan siri OPPO Reno5 dari pengedar sah OPPO Malaysia seluruh negara atau secara dalam talian dari Lazada dan Shopee.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia