Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Imej Yang Mungkin ROG Phone 4 Didedahkan – Hadir Dengan 64MP Kamera Utama

Posted on Januari 18, 2021

Sebelum ini, Asus mula mengacah kehadiran telefon gaming mereka menerusi poster yang dimuat naik.

Namun, telefon yang digelar ROG Phone 4 ini juga dikatakan akan dinamakan sebagai ROG Phone 5. Ini bermakna Asus melangakau nombor 4.

Terbaru, whylab melalui akaun weibo telah memuat naik imej yang dikatakan sebagai telefon sebenar untuk ROG Phone 4/5 ini.

Berdasarkan imej tersebut, rekaan panel belakang direka semula dan terdapat angka 5 pada belakang telefon dimana ia dikaitkan dengan nama bagi ROG Phone 5.

Selain itu, terdapat logo ROG pada bawah kiri telefon dan di bahagian atas, terletak tiga tetapan kamera dengan kamera utama 64MP. Sensor kamera turut hadir dengan tekologi quad-Bayer.

Menariknya, pada telefon ini juga dilengkapi butang misteri yang berwarna merah dimana ia mungkin adalah untuk mengaktifkan fungsi gaming.

Telefon ini juga akan dilengkapi bateri sebesar 6000mAh, sokongan pengecasan pantas 60W atau 65W, cip Snapdragon 888 dan RAM 8GB.

Tambahan lagi, telefon Asus ini turut dirujuk dengan nombor model I005DA seperti yang disenarai menerusi 3C certification.

Walau bagaimanapun, kemungkinan imej tersebut adalah tidak benar disebabkan ia bukan daripada sumber yang boleh dipercayai akan tetapi, spesifikasi dalamannya adalah benar setakat ini.

Sumber: mysmartprice

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress