Kenapa Pengecasan Pantas 150W realme GT Neo 3 Tak Masuk Malaysia? Ini Jawapannya

Telefon pintar realme GT Neo 3 baru sahaja dilancarkan pada 15 Jun yang lepas dengan dua pilihan warna yang menarik, bertemakan sukan permotoran.

Sewaktu pelancarannya di X Park Sunway Serene, kami berkesempatan untuk menemu bual Pengurus Produk realme Malaysia, Sean, bersama dengan atlet sukan permotoran, Leona Chin.

Kapsyen: Leona Chin dan Sean.

Pengecasan 80W


realme gt neo 3

Antara soalan menarik yang kami ajukan tentunya berkenaan perihal pengecasan bateri 80W yang dibawa masuk ke Malaysia dan bukan 150W seperti di pasaran China dan India.

Sean menjelaskan, apabila mereka diberi pilihan, pengecasan 150W didatangkan dengan saiz bateri 4500mAh manakala pengecasan 80W pula dengan bateri 5000mAh.

Jadi, disebabkan pengguna dalam pasaran Malaysia lebih menyukai bateri yang lebih besar berbanding pengecasan yang lebih pantas, realme GT Neo 3 dengan pengecasan 80W yang ditawarkan di sini.

Perisian OIS untuk video 4K


Setelah kamera GT Neo 3 diuji di Wiser, kami dapati apabila merekod video 4K, hasil video tidak stabil dan masih bergegar walaupun ia hadir dengan perisian OIS.

Lantaran itu, kami bertanyakan hal ini kepada Sean, dan beliau mengatakan ini berikutan perisian pada unit yang kami terima masih belum dioptimumkan sepenuhnya.

Menurut Sean juga, apabila peranti ini dilancarkan secara rasmi, ciri dan perisian tersebut akan dikemas kini untuk berada di tahap optimum.

realme GT Neo3 dengan MediaTek Dimensity 8100


realme gt neo 3

Rakan sekerja saya, Imran, turut memberi pujian terhadap kecekapan cip Dimensity 8100 yang hadir pada GT Neo 3 dan membandingkannya dengan cip pemproses Snapdragon 888 dari Qualcomm.

Tanpa berfikir dua kali, Sean bersetuju dengan pandangan Imran bahawa Dimensity 8100 sememangnya lebih efisien dan berkuasa berbanding Snapdragon 888 dari segi kecekapan tenaga dan pengeluaran haba.

Adakah telefon baru realme nanti hadir dengan cip Dimensity 9000?


"Stay tuned," kata Sean.

Tambahnya lagi, akan ada telefon edisi terhad terbaharu dari realme yang hampir sama seperti edisi Free Fire baru-baru ini.

Sama-sama kita nantikan.

Peningkatan ketara pada realme GT Neo 3


realme gt neo 3

GT Neo 3 merupakan telefon pertama realme yang menjanakan cip MediaTek Dimensity 8100.

Sean turut berkata berbanding dengan GT Neo 2 yang menggunakan Snapdragon 870, prestasi GT Neo 3 tentunya jauh lebih cekap, ditambah lagi dengan cip Dimensity 8100 yang memberi prestasi gambar lebih baik.

realme GT Neo 3 kini boleh didapatkan pada harga RM2,099 dengan dua pilihan warna, Nitro Blue dan Sprint White.

Klik di SINI untuk dapatkannya di Lazada.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang telefon ini, dijemput tonton video di bawah.

https://youtu.be/YAYWcsXXrDc

Baca juga: